Pages

Selamat Hari Kita, Selamat Hari Wanita

08.03.2019

Assalamualaikum wbt.



Hari ini, seluruh dunia meraikan wanita. Tarikh 8 Mac diiktiraf sebagai meraikan hari wanita tidak kira dalam dunia politik, fesyen, agama, keilmuwan, penyelidikan, dari segenap dunia tidak kira agama, bangsa dan budaya, seluruh dunia sedang meraikannya. 

Banyak hak wanita yang diperjuangkan dahulu dan wanita hari ini sedang menikmatinya. Antaranya, cuti bersalin, kurang masa bekerja bagi wanita bekeluarga pada waktu-waktu tertentu, pemeriksaan kesihatan percuma pada setiap tahun, terbaru wanita di negara Arab kini dibenarkan memandu sendiri!

Banyak wanita yang berjuang dan berjaya diluar sana. Memperjuangkan, mempertahankan hak asasi sebagai wanita. 

Tidak dinafikan, besarnya peranan seorang wanita terutama dalam institusi kekeluargaan. Tidak pergi jauh, saya bercakap soal kita, wanita yang terdekat dengan kita, sama ada kita sekarang sebagai seorang ibu, isteri atau anak kepada seseorang wanita diluar sana.

Islam sendiri mengangkat darjat seorang wanita itu setinggi-tingginya. Allah sendiri memberi kekuatan luar biasa kepada setiap wanita untuk melahirkan generasi baru. Pada yang belum merasai rasa melahirkan, Allah tetap memberi mereka kekuatan hati untuk sabar dan terus bersabar dengan ketentuanNya. 

Allah meletakkan wanita sebagai pembentuk generasi, seawal-awal guru adalah seorang ibu kan? Besar pengorbanan wanita yang bergelar ibu. 

Kita hayati pula kisah besarnya peranan seorang isteri. Sepertimana Saiditina Khadijah, isteri kesayangan Nabi kita. Wanita pertama yang masuk islam, wanita kepercayaan Rasulullah. Ketika Nabi menerima wahyu pertama, lalu balik ke rumah, Baginda meminta isterinya selimutkan Baginda. Satu-satunya isteri Baginda yang melahirkan zuriat.

Begitulah isteri diluar sana, wanita kepercayaan suami, tempat dimana suami merasa aman dan tenang, wanita kesayangan suami.

Siapapun anda wahai wanita, anda adalah sesuatu yang penting kepada sesuatu atau mungkin seseorang.

Kerana anda adalah wanita. 



Google juga hari ini meraikan wanita. 

Selamat hari kita, wanita <3


2 comments:

Lucky draw head office number said...

Your post has a great meaning and lessons .

https://kbcinquiryoffice.blogspot.com

Lucky draw head office number said...

This is very informative and appreciative post.

https://bolgameshowluckydraw.blogspot.com