DIALOG DAN CINTA MENJELANG KEMATIAN

06.07.2011

Berikut adalah dialog yang indah tentang cinta di saat-saat kritikal dan genting di mana Sa’id bin Jubair telah berjaya membuktikan cintanya kepada Allah lebih daripada cintanya kepada yang lain.Yakni dialognya menjelang hukuman mati ke atasnya yang dijatuhkan oleh Hajjaj,seorang penguasa yang zalim.
          Hajjaj bin Yusuf adalah seorang gabenor dan penasihat Raja Abdul Malik bin Marwan zaman Khalifah Bani Umayah (65-86H/685-705M).Sedangkan Sa’id bin Jubair adalah seorang tabii ulama besar yang terkenal pada waktu itu dan penentang gabenor yang zalim.

Rasulullah SAW dan Seorang Arab Badwi

23.03.2011


"Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang. 

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu
lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh kebelakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.

Orang itu lalu berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum,"jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita
itu, Jibril kemudian pergi. 


Maka orang Arab itu pula berkata:
"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,'jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi
temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "




semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT
Selawat dan salam buat mu Ya Rasulullah.

BAHAYANYA KUKU PANJANG..jom baca !

Assalamualaikum wbt :)

hari ne saya share 1 artikel ok~
harap dapat ibrah(pengajaran)

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi,jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang,bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk semua babi-babi tersebut.JANGAN simpan kuku panjang walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking.





Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan yang berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,buat cekodok pisang,uli tepung,dll.
Apa ilmu pun yang diajar tidak akan di terima masuk ke dalam kepala,percayalah.Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang melayu mundur dan tidak berjaya.Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang,ingatlah.Kalau hendak cari pasangan dan nak anak yang pandai dan mendengar kata,pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.insyaAllah.
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Oleh itu,sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan wudhu pun senang masuk.Wallahu’alam bissawab.


share sikit...hehe



CARA MENGURUSKAN JENAZAH WANITA (MENURUT ISLAM)

bismillahirrahmanirrahim ~ :)
salam ukhwahfillah =)
"'setiap yang berNYAWA itu akan MATI"'
...pagi sabtu yg indah,, :)  ..sptutnya laa kan cuti bha ne ary,,hjg mggu tym rehat2 d bilik.. :D .tp ! ada program tuk smua SEM 2 d POLIKU ~~ iaitu KURSUS PENGURUSAN JENAZAH.. salah 1 dari silibus kami laa ne..amali~~ program mula seawal 8pg,,teori laa dulu di kasitaw itu dan ini , lepas sesi soal jawab pula ,, makan ! hehe..lepas makan dan solat praktikal dimulakan..hah!! d cne laa klimaks program ne..timbul keinsafan dalam diri T.T






penyediaan kain kapan ok ! :)


ne untuk muslimat yaa,,sediakan kain kapan 7 helai..
  1. 2 helai kain kapan (full) ikut besar badan 
  2. 1 helai buat baju , 1 kain , 1 buat tudung
  3. 1 untuk lapis mandi
  4. 1 untuk lap badan 

bahan lain yang perlu ada..


  • kapur barus
  • kapas secukupnya (lebih pun xpa)
  • cendana (skrg ada sdh yg serbuk,,ekspress) :D
  • sabun (yg pntg halal ok)
  • minyak wangi
hm~~ lepas siap susun atur kain kapan,,kena simpan balik takut ada cicak syahid dr atas pula tumpang kapan jenazah tu,,kira najis tu...lepas tu bawa jenazah d mandikan..


masa model jenazah d mandikan..(bukan mayat real tu)
(niat mandi sunat,,buat wajib)



waktu mandikan jenazah,,orang yang mandikan mesti memakai sarung tangan dari kain,,penggunaan kain sugi pula mesti ganti selepas kedua hujungnya sdh digunakan,,mandian pertama air mutlak dan kasih sabun laa jenazah,,lepas tu wudhu kan jenazah (niat wajib,,buat sunat)...akhir sekali mandi sembilan...air mutlak + kapur barus...
selesai~~ keringkan badan jenazah,,
lepas mandi kan jenazah ne..kafankan pula T.T

part ne seram bagi model jenazah...

kafankan jenazah


lipatan mesti mula dari kiri,,jgn lupa letakkan kapas disetiap 7 anggota sujud manusia...(tanda memuliakan anggota sujud)...tuliskan kalimah Laillahaillah pada dahi jenazah mgunakan myk wangi dan lekatkan kapas...ikat jenazah tidak terlalu ketat di sebelah kiri untuk memudahkan org buka ms pgkbumian,, :)..
selesai kafan,,jenazah d smbhygkan...
part sembhyg jenazah ne kami xda buat pula,,hehe~~ smbhyg jenazah xda rakaat ok,,yg ada hny 4x takbir dan salam,,akhir sekali pgkbumian.....

program tadiii selesai hampir jam 4,,dengan suasana yg crowded dan terlalu byk Carbon Dioxide~~ tp dpt ilmu yg b'manfaat,,


""ILMU ALLAH ITU LUAS""


wajah2 penat ne :D

last sekali~~ thank t0 Allah , Alhamdulillah...masih d beri nafas tanpa byr dan menuntut ilmu untk amalan akhirat,,insyaAllah sm2 kita muhasabah diri sebelum kembali pada asal kita (tanah)..wallahuallam mussawab..