Pages

Happy World Breastfeeding Week 2019

02.08.2019



Happy World Breastfeeding Week
"Happy world breastfeeding week to all mommies out there. Whoever you are, you are superMom with SuperMilk!"
Breastfeeding adalah perjalanan yang panjang, memerlukan komitmen yang tinggi, kesabaran yang berpanjangan, ilmu yang tepat dan terus belajar serta peralatan dan aksesori yang mahal-mahal untuk menjamin kualiti susu ibu tetap terjaga. Ini adalah sunnah yang terlupakan oleh ramai ibu-ibu.
Masa hamil, Sis tidak ambil kisah sangat pasal breastfeeding ni. Sis sibuk google pasal cara berpantang dan menu menu pantang. Sis siap buat dalam excel jadual menu pantang Sis tu tapi tak sempat print pun.
Sis ingat breastfeeding ni semudah selak baju dan suakan pada baby jak. Sampai masa dia kenyang, dia stop la. Amboi amboi. Haaaa, sekalinya Sis ditakdirkan bersalin sebulan lebih awal. Pecah air ketuban tapi tiada tanda bersalin atau bukaan pun dalam tempoh 24 jam tu. Sudah kena tahan tu, Sis sempat lagi tanya Nurse bila saya boleh keluar? HAHAHA. Dia jawab ja, kamu takkan keluar selagi tidak bersalin. Mahu atau tidak, kau kena bersalin juga. Haaaa... sedia ke tidakkkkkk...
Breastfeeding akan lebih indah jika :
Ilmu :
  • Ilmu penyusuan yang tepat. Banyak benda sebenarnya yang kita kena tahu dan perlu tahu dan perlu faham. Susu ibu keluar berdasarkan demand baby. Selepas bersalin air susu tidak akan keluar seperti meriahnya air terjun. Perut baby pun sekecil buah ceri. Kena tahu cara lekapan baby yang betul. Posisi pegang baby yang betul. Cara penyimpanan susu ibu yang betul. Pemilihan pam susu yang betul. Apa kena buat kalau bengkak susu? Kalau puting susu flat atau inverted? Haaa, banyakkan rupanya kisah penyusuan ibu ni? Jangan ulangi kesalahan Sis yang tak ambil kisah soal ni, So ibu ibu yang tengah hamil sekarang Sis cadang cari group "Happy Breastfeeding Malaysia" dalam tu ada ramai pakar laktasi untuk kita dapatkan consult. Jangan malas k.

Sokongan & Pengaruh :

  • Breastfeeding mommies need their "pom pom girls" to support them. Yes, kita perlukan sokongan untuk jayakan misi ini. Para suami, jangan biarkan isteri anda berseorangan. Itu anak kau kan? Belajar juga kebaikan susu ibu nih dan segala macam yang Sis sebut kat atas tuh haaa. Sokongan suami lebih utama terutama apabila datang mulut-mulut yang akan cakap "anak tak cukup susu" bila anak nangis, terus suruh bagi susu FM. Are you very sure anak nangis sebab tak cukup susu? Did their tell you? Kena tanam dalam hati masing-masing, belum ada susu FM yang dapat tandingi susu ibu.
  • Sebab Sis masih ingat perjalanan Sis susukan anak, ada orang yang selalu suruh Sis bg anak susu FM. Sis tak faham kenapa dia suruh, sampai tahap Sis jumpa dia pun Sis tak mahu. Ramai cakap anak Sis ni kecik ja. Bagilah susu FM. Sampai terdetik dihati Sis, susu ibu ni kurniaan Allah, mustahil Allah cipta sesuatu dengan sia-sia tanpa ada kebaikan. Benda begini kuatkan Sis juga, I'll prove them that I'm right!
  • Tapi, memang di Era zaman mak mak kita dulu adalah zaman kegemilangan Susu FM sedang melonjak naik. Jangan hairan kalau ramai makcik makcik suruh ibu ibu muda sekarang bagi susu FM. Sebab zaman dorang popular susu FM sebagai pilihan. Sebab tulah Sis cakap, susu ibu sunnah yang terlupakan.

Komitmen yang tinggi :

  • Penyusuan tidak berjaya tanpa komitmen. Ibu ibu yang bekerja kena luang masa 15 - 30 minit setiap 3 jam setiap hari untuk sesi pam. Kena ada ruang yang privasi ditempat kerja untuk keselesaan. Setiap hari kena cuci pam. Setiap hari kena bawa beg pam dan beg susu yang telah dipam selama 2 tahun. Tapi perjalanan ini tetap indah bagi Sis, sebab walaupun sibuk berkerja atleast ada masa akan terfikir pasal anak dan keperluannya dan kebaikan yg dia akan dapat dengan susu ibu.
Peralatan yang mahal :
  • Harga pam susu ada yang mencecah harga ribu. Paling murah harga RM40 buatan China yang non-heavy duty, sedutan tidak kuat. Tidak semua pam sama, tidak semua ibu ibu sesuai dengan pam yang sama. Dipasaran terlalu banyak jenis pam. Belum kira lagi storage bottle, cooler bag/box, ice gel/pack. Tapi percayalah, semua benda ini tidak akan sia-sia. Allah pasti tunjukkan hasilnya.
Pengorbanan masa :
  • Anak sis pernah melekap hampir 4 jam. Lepas zohor sampai pertengan Asar. Makan pn tidak sempat, kemas rumah apatah lagi. Banyak masa yang dituntut. Bila anak nak menyusu atleast kena spend time 30 minit untuk dia saja. It's a bonding time orang bilang. Sebab itu, suami kena faham situasi ini, Isteri tidak malas. Mak mentua pun kena faham, menantu tidak malas.
Breastfeeding Mom, teruskan berjuang dengan sunnah yang satu ini. Anda sedang buat pilihan yang tepat dan terbaik untuk anak anda.
#IbuBaruAnak1
#IbuShare

2 comments:

Lucky draw head office number said...

Its a great and tremendous post .

https://kbcinquiryoffice.blogspot.com

Lucky draw head office number said...

Keep on writing such a great and lovable post.

https://bolgameshowluckydraw.blogspot.com