Top 3 Tomyam Sekitar Kota Kinabalu

28.01.2015

Assalamualaikum wbt.

 
 
Agak mengiurkan juga bila tengok gambar makanan kan?
 
Ok kali ini konon-konon review pasal makanan. Aku jenis yang suka "jalan-jalan cari restoran". Menikmati makanan baru. Ada orang jenis yang asal makan perut kenyang bayar dan berambus.
 
Kalau aku pula, pertama sekali yang Ada dalam penilaian aku ialah kedudukan restoran yang strategik. Keadaan kedai yang bersih. Susun atur yang selesa. Harga makanan yang berpatutan.
 
Ok. Cerita tentang Tomyam yang ada dan sedap di sekitar Kota Kinabalu. Kriteria yang menurut aku sedap ialah, Warna yang menarik. Campuran yang sempurna. Pedas, bahan tidak layu. Paling penting, Aroma Tomyam tu sudah terasa hingga ke perut . Hihihihi.
 
Ok...
Top 3 Tomyam yang paling sedap setakat ini.
 
3. Gerai D'Santai,Foodcourt Giant Kolombong. Harga RM 6.00
2. Restoran Singgah Sokmo,Cybercity Kepayan. Harga RM 7.00
1. Anjung Selera, Likas. Gerai kerusi merah & ungu. RM 7.00
 
 
Selamat menikmati dan jalan-jalan di Kota Kinabalu Sabah :)

#reviewbySZAR , 2015

Film "KIL" (Malay Movie)

17.01.2015

Assalamualaikum wbt.

First of all, I just want to give my Special big Thanks to my Insta friend who just post this poster.

"KIL" pernah memenangi Filem terbaik FFM 26. 

Seriuosly ? Filem ini ditayangkan tahun 2013. Agak wondering, filem terbaik ini aku tidak pernah tahu kewujudannya. Mungkin masa tu aku sibuk Final Exam. But then, its ok.

"KIL" Filem arahan Nik Amir Mustapha. Mengisahkan seorang Pemuda/Lelaki yang cenderung dengan cubaan bunuh diri sebab "depressed". Satu aku puji filem ini sebab penceritaan yang "At the End" tekaan aku silap. Haha. Kan? Sebab apa, sometimes kau tengok Wayang or whatever kau mulai mengagak apa Ending cerita ini. Ini akan terjadi bila kau cuba fahami isi filem. Am I wrong? its ok. 

Penceritaan dia, bersahaja... Maksud aku, aku rasa memang ada kehidupan orang yang macam ini. Skrip/dialog pun sama. Tidak skema, memang bahasa keramaian. Lastly, Poster yang menarik. Simply & Nice. Pelakon dia tak terlalu Femes, tapi lakonan tiptop! Tak macam pelakon yang segera. Harap jual muka. hmm.

Aku jadi feel cerita ini sebab aku pernah mengalaminya. Maksud aku, bukan aku yang mahu bunuh diri. Someone in my Family, di mana malam tu aku yang ambil jenazah dia after terjun sampailah arwah dikebumikan. "Alfatihah"

Dalam skrip ini ada sebut. Orang yang suicide its someone yang selfish. Lepas suicide, family akan jadi stress. Indeed. I feel that, serious feeling. Orang cakap-cakap, orang post di Blog, masuk Newspaper, Facebook, paling sakit bila orang tanya kau!




"KIL 2013" <- Klik sini untuk tonton.


Selamat menikmati kehidupan. Kena selalu ingat, ada orang selalu sayangkan kau, kadang kau tak sedar, kadang tak tahu pun. But there's someone always watch you. Allah.




OST KIL : Mati Hidup Kembali - Butterfingers

Film " Haji Backpacker "

12.01.2015

Assalamualaikum wbt.

Filem buatan Indonesia tidak pernah mengecewakan. Filem yang ditayangkan di Bioskop Indonesia pada Oktober 2014.

Mengisahkan Mada yang kecewa dengan Tuhan kerana tidak memakbulkan doanya. Kerana kekecewaanya Mada keluar dari Indonesia dan merantau ke Negara-negara lain termasuk Thailand, Vietnam, China, India, dll.

Filem yang banyak pengajarannya, walaupun agak berkerut dahi untuk memahami setiap isi yang disampaikan.

Backpacker menuju Tuhan. 


" Haji Backpacker " <- klik sini untuk tonton


#SZAR, KK

Kundasang, Sabah

09.01.2015

Assalamualaikum wbt.

Sesiapa yang pernah datang Sabah atau ada Plan mahu datang Sabah, Kundasang adalah salah satu tempat yang selalu ada dalam senarai.

Lastweek berhujung minggu di Kundasang sempena Family Gathering. Em, bukan family aku. Nenek saudara punya gathering dengan anak-anak dia. Kami hanya menumpang kasih. Hihi.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang cuma memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kelajuan sederhana. Kami menetap di Homestay sekitar Kampung Sinisian, bersebelahan dengan Pine Resort. Kalau kaya bolehlah sewa di Pine Resort, kalau tak seberapa nak ada tu tinggal Homestay sudah memadai, eya dak ?

Kampung Sinisian ada banyak Homestay dan lain-lain pemilik. Kami sewa di Almeera Homestay. Satu malam RM 250, 3 bilik , 1 tandas & dapur. To be honest, siapa yang bawa keluarga ramai tu aku tidak recomend untuk anda sewa homestay ini, sangat tidak sesuai. Sorry. *pelanggan jujur*

Esoknya, here we go! Ke Mensilau, Kundasang. Desa Farm. Aku dah 2x ke sini. Yang menarik hanyalah pemandangan untuk ambil gambar. Itu sahaja. Tiket masuk RM4/seorang. 

Nikmatilah gambar ini :


Pemandangan dari tingkap Homestay di waktu Petang. 


Subuh. Subhanallah 


Kebanggaan orang Sabah. Gunung Kinabalu.



Matahari sudah menampakkan diri. Sunrise.



Suka makan Sup Tulang ? Boleh cuba di sini, Pekan Kundasang. Nama kedai lupa. Huhu. Tapi kalau dari Jalan KK, sampai round about sini, Restoran ni berada sebelah kanan anda.


Ready ke Mensilau dan terus Checkout. Inilah kejadian lelaki bila tunggu perempuan siap. Pemandangan dari Homestay.


Welcoming Mensilau. Eh, anak korea sesat ka tu. Bapa dia yang belakang ber-peace tu. Betul. Sila percaya -_-'


Satu-satunya nenek aku yang masih ada. Alhamdulillah. Dengan sepupu yang @#$%^^&%$



Memang aku dilahirkan untuk jadi Jurugambar kamu. Abang & Adik.


Beli susu lembu ya kawan-kawan.


Lastly, Rasalah ice-cream Gelato ini. insyaAllah, sedap menurut tekak ku. 


Ok Bai !


*Nota Kaki :
Sedikit sejarah Kampung Sinisian : -
Sinisian bermaksud Kilat, dulu kawasan yang mereka diami sekarang pernah di sambar kilat/petir. Sebab tu dorang bagi nama itu. Ketua kampung yang bagitahu masa aku buat Program kebajikan. Tak percaya, tanyalah JKKKKKKK sana. 


#SZAR, KK