Pages

Doula Terbaik Anda

04.03.2019

Assalamualaikum wbt.


Nak cerita pasal Doula, yang sudah semakin terkenal di Negara Malaysia. Sebelum ini, nama Doula kurang didengar tapi sangat berperanan terutama kepada ibu hamil. 


Doula diambil dari perkataan Greek yang bermaksud (dari sudut bahasa) "Woman who helps women = Wanita yang membantu wanita". Kerana hanya wanita yang memahami wanita, hehe :)

Lebih jelas lagi ialah wanita yang membantu memberi semangat dan nasihat kepada wanita hamil bermula seawal kehamilan sehingga selepas kelahiran.

Perlukah Doula ? Asasnya kita tidaklah memerlukan Doula, akan tetapi apa yang kita perlu ialah semangat, bimbingan dan teman sepanjang proses kehamilan sehingga kelahiran. Proses ini sangat lama, ia penuh dengan mainan emosi, perubahan hormon, perubahan bentuk tubuh, perasaan takut gelisah, naluri keibuan, dan all in orang cakap. Semua perasaan ada dan kadang tidak terkawal.

Sebab itu, ibu hamil perlu teman. Sebab itu wujudnya Doula dimuka bumi ini. Sebab apa? Macam saya taip kat atas tu, "hanya wanita memahami wanita". Besar kesannya kepada bayi bila ibu mereka sentiasa berada dalam mood yang bahagia sebab ada peneman dan pembantu. Anak lahir, mesti ceria-ceria saja. hihi. 

Siapa Doula terbaik anda?
Mestilah orang yang terdekat, dan ramai yang pilih mengatakan suami adalah Doula terbaik. Betul, suami Doula terbaik, bawa dia rasa hamil sekali. haha. Maksudnya, bawa dia berjuang sekali rasa letihnya kehamilan dan sakitnya kelahiran. Walau asasnya kita wanita ni lah yang rasa beribu-ribu ganda, tapi bagi suami lihat dan hargai akan erti sebuah perjuangan melahirkan 1 lagi nyawa.

Namun, tidak semua miliki tuah memiliki suami yang memahami, kan? Ibu sendiri juga boleh jadi Doula terbaik, adik-beradik yang sudah pernah bersalin atau sahabat baik yang sudah berkahwin dan berpengalaman. Dan janganlah pilih untuk bersendiri mengharunginya walaupun kita rasa kita boleh buat, wanita ini biasalah mereka terkadang tidak mahu kelihatan lemah demi janin yang dikandungkan. 

Baik. Itu asasnya kerja-kerja sebagai Doula yang sebenar. Apabila anda berhadapan dengan Doula yang seakan pelik. Mula menakutkan anda dengan kelahiran ngeri di Hospital, itu Doula SALAH ! Doula tiada hak menentukan cara bagaimana dan di mana anda akan melahirkan, itu Doula SALAH ! Hati-hati dengan Doula ini kerana mereka semakin ekstrim di Malaysia. 

Baik ibu-ibu semua, sudah pilih siapa Doula Terbaik Anda ? ;)
Selamat bergembira.






No comments: