BR1M 3.0 2014

23.12.2013



Assalamualaikum wbt Rakyat jelata sekalian alam. Maaf, emosi kurang stabil sebab banyak sangat hal yang mengganggu hati & perasaan.

OK! Alhamdulillah, akhirnya duit tahunan Datang lagi, hehe. BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia).

Boleh Apply secara on9 bagi mereka yang suka jimat masa, jimat minyak (harga minyak naik) , jimat bayar parking (parking pun bayar) , elak double parking (nanti kena saman) . So, ini link untuk Apply keh.

http://www.hasil.gov.my/indexbi.php
http://www.br1m3.com/

Dah ? Ok, bagi yang sudah pernah dapat dulu, just update data kalau ada perubahan. Bagi yang belum pernah, isi lah kan.

Bagi yang rajin pula atau kebetulan tengah berjalan atau internet dah expired sebab tak bayar, atau internet ada masalah line ataupun korang tidak percaya kalau Apply guna internet ne sampai ke tidak permohonan tu ? haha.

Boleh dapat kan borang di :

kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyaraka
Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan



ISI jangan tak isi ! Duit untuk kita, boleh bayar CCM kereta sebulan / Minyak kereta 2 bulan / belanja Dapur 2 bulan / bayar saman. hehe.

Tapi ~


4 tahun lagi, Pakoh hok molek deh ^^,


Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

17.12.2013

Assalamualaikum wbt.




Alhamdulillah, Filem Pecah Panggung lakonan UAI & Shiro sudah berada di Astro First. Keluar jak filem tu, bapa terus beli tapi masa tu saya tengah berprogram. Bila balik rumah, dah habis dan kena tempah lagi bayar RM15.

Jadinya tak dapat tengok di rumah. Sekarang saya kongsi Link tengok secara onLine ^^,


--> Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang <-- klik sini ^^

Semoga mendapat manfaat. insyaAllah

Cara Buat Samosa.

05.12.2013

Assalamualaikumand HAii.

Dari termenung takda buat hape, baik berkongsi di Blog!

Here is, Cara gulung Samosa. Alah! Senang. Yalahhh senang kalau pandai, kalau yang tak pandai macam saya ne dulu, berapa keping kulit popia rosak ?

ok. Mula... Bismillah

Step #1
Sediakan kulit popia di tempat yang rata dan bersih sebersih-bersihnya.


Step #2
Belah di bahagian tengah. kira bahagi dua la tuu.


Step #3
Ambil sekeping, dan lipat ala-ala 3 segi.


Step #4
Tadaaaaaa! jadi macam ne hah! macam cone eskrim gituuw ~


Step #5
Masukkan inti ikut selera tekak sendiri. Jangan letak banyak! 1 sudu cukup.


Step #6
Lipat bahagian hujung yang terbuka. Nak lekat guna air pun boleh, nak gam lagi kuat guna putih telur.


Last sekali, gorenglah dengan senang hati :)


Dah. itu sahaja.


Senyum.

ilal Liqa'


apa-apa, boleh email : eyeyzulaikha@gmail.com (hahaha, bajet pandai masak!)





(Buat Aktivis Bujangan Muslimah) Masa Berkualiti Buat IbuBapa.

15.11.2013


Assalamualaikum wbt.

Masa berkualiti buat ibu bapa bagi para bujangan, terutamanya muslimah. :)




Sebagai seorang aktivis muslimah yang hujung minggunya jarang di rumah, malam pula sarat dengan meeting. Jika masa itu tidak di bahagi di darab dengan baik pasti mendatangkan kecil hati di pihak ibu bapa dan salah faham terhadap Jemaah islam.

Ayat-ayat yg popular kita dengar bila mengajak turun program :

Asif Jiddan, mak saya tak bagi...
Asif Jiddan, ayah saya tak bagi sebab….
Asif Jiddan, saya balik kampong...
Asif Jiddan, mak saya takda kawan...
Dan lain-lain…

Eh ? saya tak cakap itu salah. Cuma mari kita muhasabah, kenapa mak ayah kita tak bagi. Jangan dulu nak salahkan ibu bapa sebab mereka tak berapa "islamic" atau bukan orang "Haraki", kita re-check dulu diri kita.

KEPERCAYAAN
Kepercayaan ibu bapa terhadap kita sangat bernilai dan jangan sesekali kita sia-siakan.
Kenapa mak ayah tak percaya kita ?
Lihat diri sendiri, macam mana kita mengurus diri kita di rumah ? Pernah tidak orang menyampaikan berita tidak baik tentang kita kepada ibu bapa. Berapa kerap sudah kita menipu dan kantoi ? Ibu Bapa kenal siapa kawan-kawan kita ? Bila kita lewat balik, berapa kerap kita buat mereka bimbang ? 

Bila keluar di berita tentang gejala sosial dan jenayah yang melibatkan perempuan, wanita, muslimah, bagaimana respon kita ? Bila kita tunjuk respon "takut", apa perasaan ibu bapa, mesti ibu bapa fikir macam mana kalau jadi dengan anak mereka, dan anak mereka seorang penakut ?

Dah ? ok, muhasabah.

Buat mereka yang peroleh kepercayaan ibu bapa, jangan siakan ! Malah beri lagi mereka keyakinan atas kepercayaan itu.


AKHLAK
Ibu bapa mana tidak risau, mesti dia takut bilamana anak dia diluar tanpa mata mereka apalah akhlak anaknya itu ? Mampukah kita jaga maruah mereka bila diluar ? Sebelum kita berhijrah dan menjadi aktivis bagaimana akhlak kita terhadap ibu bapa dan adik beradik ? Berilah satu perubahan akhlak yang positif agar mereka sedar yang dengan menjadi aktivis itulah asbab kita berhijrah.

Muhasabah lagi.

Kita tunjukkan akhlak yg terbaik agar mereka percaya dan yakin dengan akhlak kita diluar sana, memang sepatutnya seorang aktivis ada akhlak yang baik. Kan ?


MASA
Hah! Ini yg saya nak kongsi. Masa, masa berkualiti buat ibu bapa dan adik beradik. Setiap kita diberi 24jam/7hari kan ? Ada orang dapat 25 @ 23 ? tiada!

Semua berbalik dengan kita untuk mengatur dan mencatur baik-baik, molek-molek dan sungguh-sungguh.

Ok.

Saya kongsi perihal saya. Masa berkualiti untuk keluarga saya. Saya tak kata perlu ikut macam saya buat, mungkin sebelum ne ada sudah yang memang amalkan cuma dia tak sedar, mungkin. 

Ok.

Saya baru tamat belajar, 2 tahun hidup di asrama Teknik Likas bersambung pula 3 tahun di negeri orang di Sarawak. Dan Alhamdulillah, ada hubungan yang baik antara family walaupun 5 tahun jarang bersama.

Selama 3 tahun hidup di Kampus aktif jadi aktivis, tiada masalah. Maklumkan dengan keluarga yang kita turun program melalui telefon. Terangkan dengan simple tujuan program yang kita hadiri, jangan takutkan mereka, bagitahu yang program kita tu sangatlah happening walaupun program tu sebenarnya “Tamrin Qiyadi”, hik3.

Sekarang saya dah 21 tahun, sudah bekerja. Weekdays saya bekerja, 5 hari dan 2 hari cuti selalunya sarat dengan program/usrah/meeting/kuliah kitab.

Selalunya, awal bulan saya sudah siap buat jadual mingguan saya dan saya update dengan parents saya walaupun dorang tak mahu tahu pun. Uhuks!

Contohnya bulan oktober lepas, saya bagitahu minggu ne saya ke Tawau, minggu depan saya ada pertandingan bowling, lepas tu ke kundasang, lepas tu blablablabla.

Selalunya mereka akan respon, dengan siapa dan naik apa ?

Bila saya sedar, hujung minggu saya sarat dengan aktiviti Jemaah. Saya ambil inisiatif cipta masa berkualiti masa weekdays.

Selalunya saya drive sendiri ke tempat kerja, dan sampai rumah sebelum jam 7 malam (-_-) dah maghrib di office siap-siap. Sampai rumah memang tak mandi terus, tengok drama jam7 tiBiTigak dulu sambil baring di riba mama (ini masa kualiti dgn mama) . sambil tgk tibi sy akan cerita dgn dorg 1 rumah apa yg saya lalui utk hari ini, See! Saya tak perlu boyapren (boipren) pun untuk dengar cerita saya. Kalau tak baring di riba mama, kami akan masak makan malam sama-sama (lagi satu masa kualiti dgn mama) , masa tulahh Curhatt semua, pasal itu ini, pasal jodoh pun masuk, pasal sambung belajar, pasal kucing, pokok pangkalnya semualah.

Sampai satu tahap, mama pun akan cerita “what she has been through” . So, be a super duper good listener to her!
So mama takkan rasa “saya tiada” bila weekend im not home.

Bapa. Sometimes, bila cuaca kurang baik saya takkan drive. Bapa yang akan hantar ke tempat kerja. Perjalanan boleh tahan jauh, petagas – inanam. Dalam kereta Cuma kami berdua (masa kualiti dgn bapa) , dengan bapa kurang sikit aku meluah segala rasa. Eh? Bukan sebab aku tidak biasa, tapi sebab bila bapa yang sudah start bercerita aku tak jumpa pun point untuk aku pula meluah. Dia jak menang. Hik3.

Sampai satu hari tu, bapa balik kampong mama. 3 hari dia di sana, jadi itulah pertama kali aku pergi kerja naik bas.

Aku dah rancang-rancang mahu cerita dengan dia apa yang aku alami dan macam mana penatnya aku selama 2 hari naik bas.

Tapi, apa yang jadi bapa pula cerita apa yang dia alami masa di kampong mama selama 3 hari, jadilah aku memendam rasa (makan dalam). Uhuks!

Bila weekend saya tiada di rumah dan kereta bapa adalah mangsa, bapa sabar dan Cuma mampu bertanya aku ke mana. hehe.

Untuk adik beradik, sama ada kami makan bersama dan cerita cerita cerita atau kongsi dan saling motivate. Kami akan merancang masa depan kami, dan Alhamdulillah Allah selalu mudahkan. Tak perlu masa yang lama. Cukup masa makan. Kalau dengan adik, selalunya slowtalk sebelum tidur, bukan selalu pun tapi adalah sebab kadang darah panas juga dengan adik ne. Astaghfirullahalazim. Tapi dia the best sister ever, I admit it!

Sebenarnya, untuk cipta masa berkualiti tidak perlu masa yang lama. Cukup singkat yang di rasa lama, sebab banyak yg di kongsi.

Terpulang dengan kita, macam mana masa yang singkat kita mampu manfaatkan sebaik mungkin.

Untuk kebaikan siapa ? Untuk semua orang, Ibu bapa tidak kecil hati, kerja jemaah jalan dan Jemaah tidak terfitnah hanya kerana kita sendiri yang tidak tahu manage masa. kan ?

Sekarang, bolehlah saya cakap macam ne. Sebab masa ini saya bujang, esok lusa dah Kawen, situasi mungkin lain. Tapi itu belum pasti, sebab yang pasti manfaatkan masa sekarang dengan ibu bapa.

Saya berkongsi kerana saya juga Aktivis , Muslimah dan Bujangan seperti anda ;)



#Lirik. Wanita Syurga Bidadari Dunia - OSD

19.09.2013




Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah.. 
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah 
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa 
Laksana surga di dunia 

* Keteguhan hatimu oh wanita muslimah 
Ketangguhan dirimu yang terbingkai solehah 
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa 
Sejukmu menentramkan jiwa 

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia 
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta 
Engkau wanita syurga 
bak permata berharga 
berbinar indah dalam kesucian jiwa 


back to * 
back to reff 
back to reff 

Kisah Pemuda Dan Pak Kiyai.

19.09.2013

Assalamualaikum wbt.




Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”

Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.




Kredit to Ustaz Haniff Abu Talib

Tips Sebelum Berniqab (Yang Anda Perlu Tahu!)

23.08.2013

Assalamualaikum wbt.




Semakin hari, Purdah/Niqab sudah tidak asing lagi bagi masyarakat. Malah ada suatu ketika ia menjadi fenomena pula. Bahana media sosial lah yang menarik para Niqabis yang pada asalnya memakai Niqab kerana malu kini menjadi berani pula.


Sungguh berjaya budaya barat, tanpa segan gambar Niqabis sudah dijajah ke sana sini. Salah siapa itu kena "tepuk dada tanya iman" . 

Saya sertakan link Purdah/Niqab untuk pertambahan ilmu kita bersama, entry-nya cukup panjang oleh itu bersabarlah. 

Purdah / Niqab <- kLik Sini


5 Steps before be A Niqabis

#1 For Newbie :
Satu perkara yg anda perlu tahu @ wajib tahu ialah, Sejarah dan Hukum berkaitan Purdah/Niqab ini sendiri. 

#2 For Newbie :
Setting Niat mestilah dgn ilmu yg kamu ada, selamanya niat kerana Allah dan redhaNya. 

#3 For Newbie :
Atleast sudah ada persediaan yg serius, iaitu kamu sudah memiliki atleast sehelai Purdah/Niqab.

#4 For Newbie :
Parents - ok, i know tidak semua parents atau family background islamic sebab iman itu memang tidak dapat diwarisi atau dikongsi. Dahulukan yg wajib, sebab itu saya letakkan ilmu berkaitan adalah pertama. Kerana mentaati ibubapa adalah wajib manakala Purdah/Niqab ini adalah Sunnah dan hukumnya harus (depends on your situation) . Got it ? Kalau memang nak pakai sgt, perasaan yg tidak boleh di bendung, doa banyak-banyak agar Allah lembutkan hati mereka. Ameen.

Selain doa, usaha. Usaha macam mana ? Usaha tunjukkan akhlak yang baik biar seiring dengan imej yang ingin dibawa. Kalau di rumah pun akhlak Hampeh atau bahasa senangnya tunggang langgang, tak tolong Mak di rumah, jerit-jerit adik, melingkar dengan facebook saja, Ibu Bapa mana tidak risau ? Oleh itu, berbahasalah dengan baik. Terutama dengan saudara mara, mereka mungkin sedikit hairan mungkin juga terkejut. Peranan kitalah menerangkan dengan mereka jika mereka bertanya. Kalau tak tanya pun, berakhlaklah seperti biasa dan jangan buat mereka pula rasa tidak selesa dengan kita. Ok faham ?

#5 For Newbie :
Kekuatan dan Kesabaran, sangat perlu. Akan datang banyak dugaannya, bagi yg newbie mestikan akan merasa sedikit panas dari bertudung labuh saja, dan sukar bernafas kalau pakai purdah yg agak tebal. Sabarlah dgn jalan yg anda pilih. 

Boleh minta tolong siapa-siapa yg pandai menjahit, untuk buatkan anda purdah dari kain Chiffon berwarna gelap. Mudah untuk bernafas. insyaAllah.

Mungkin ada masa anda akan makan di tempat awam, pada mulanya memang risau. Bertubi-tubi tanda soal dtg ke kepala.

Tips cara makan Niqabis di Luar -

1. Pemilihan Purdah sebelum keluar, rancang dulu sama ada perjalanan kita nanti ada singgah makan atau tidak. Kalau ada, pilih purdah yg hanya ikat di luar tudung.

2. Pilih tempat yg agak tertutup atau terpencil, kalau tiada pilihan its not a big problem.

3. Elak pilih makanan yg berkuah, please! Nanti, anda sendiri akan susah.

4. Ketika makan, selak purdah dari tepi guna tangan kiri dan makan guna tangan kanan. Jangan sesekali selak dari bawah. OK ? senang kan.

5. Bagi yg terlanjur pakai purdah yg bergetah, dan tali purdah berada dalam tudung. Gunakan kaedah yg sama macam di atas. Cuma, kalau dapat tempat yg terpencil turunkan saja purdah dan tutup muka dgn sapu tangan atau tisu ketika mengunyah makanan.

6. Kalau makan secara iftar yg ada muslimin, pilih tempat duduk yg tidak perlu anda untuk menghadap muslimin, so boleh buka purdah dgn senang hati.


#6 For Newbie :
Jangan rasa terbeban, mula-mula memang rasa payah. Tapi yakinlah, pasti bahagia :)


Pakaian itu membentuk akhlak kita.

Bagi Niqabis luar sana, be strong! Dan ingatlah :


Berpurdah/Niqab bukan untuk menutup kekurangan tapi ia adalah untuk menambah keimanan.


Buka Purdah/Niqab.

OK, sini Hakak nak pesan dan sedikit Info. Ada keadaan yang akan membuat kita harus buka Purdah, jangan gelabah atau nanti melatah tak tentu pasal. Sebab tu Kak pesan, biar ada ilmu, sikit pun jadilah.

#1 . Naik Kapal - Sesiapa saja yang akan naik kapal akan melalui Imegresen. So, sewaktu pemeriksaan keselamatan selalunya mereka nak tengok muka. Buka saja depan Polis wanita, pastikanlah kita pakai purdah yang bergetah jadi senang turunkan dengan pantas dan tutup dalam masa sesaat! hihiii...
Sewaktu pemeriksaan IC / Passport pun, mereka minta kita buka. Pilihlah petugas wanita untuk memudahkan urusan.

#2 . Sekolah - Yang ini bagi adik-adik yang masih bersekolah, tidak berdosa pun kalau tak pakai di Sekolah, sebab kita terikat dengan peraturan. Janganlah sampai protes atau buat demo. Habis sekolah boleh pakaikan ? hehe..

#3 . Kampus - Sama juga dengan hal dengan bersekolah, cuma ada setengah University yang membenarkan dan ada yang tidak. Kalau yang tidak tu, ramai juga sahabat-sahabat yang yang langgar saja. Bagi Akak ini Attitude, kena tengok keadaan juga. Kalau ada kelonggaran syukurlah, maksudnya dalam kelas tak perlu pakai, tapi bila keluar kelas/dewan kuliah pakailah. Semoga dimudahkan.

Pesanan terakhir Hakak. Jangan ghairah sangat berpurdah sampai upload-upload gambar di facebook banyak sangat. Upload sikit-sikit dan jarang-jarang tuu OK lah kot. Jangan hari ne tukar, malam tukar esok lain pula. Nak upload banyak sangat tu kenapa ? huhu..

OK, semua ne atas pengalaman Hakak Nak ikut SILAkan, Xnak ? Tiada paksaan insyaAllah.

Sekian.

Budak kecil, menasihati Imam Abu Hanifah

01.07.2013




Memang tidak dinafikan, kita memang agak sukar menerima nasihat lebih-lebih lagi jika nasihat itu diberikan oleh orang yang lebih muda daripada kita. Kita menjadi begitu kerana menganggap mereka sebagai orang yang kurang ‘makan garam’ berbanding kita. Namun sebenarnya kita perlu mempunyai sifat hati terbuka untuk menerima nasihat, seperti mana yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah. Apakah nasihat tersebut?


Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :
"Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti"
Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :

“Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Namaku Nu’man “
“Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.
al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”
Budak itu lalu menjawab :
“Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”
Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak keciltersebut.
Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini…
Terima Kasih atas baik sangka orang  kepada kita.

CARA BUAT KEK COKLAT KUKUS

14.06.2013

Hip! Hip! Assalamualaikum :)

Sekarang berada di bumi Kelantan yg mendamaikan, dengan itu ada aura rajin dan nak share cara buat kek coklat kukus dengan cara yang paling mudah simple dan senang!

Tak payah guna timbangan, kita guna sukatan gelas sahaja, ok ? Mari mulaaaa...

Bahan A :
1 gelas gula
1 gelas susu cair
1 gelas serbuk koko
1 gelas minyak masak
1 gelas susu pekat


Bahan B :
1/2 sudu baking powder (yg tin colour merah)
1/2 sudu soda bikarbonat (yg colour biru)
1 1/4 gelas tepung gandum

Bahan C :
3 biji telur

Cara buat -
1. Campurkan semua bahan A dan masak hingga sebati. Mesti gaul sentiasa supaya tidak hangus. Masak dalam 5 minit macam tuu :)

2. Dah ? Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati semua.

3. 3 biji telur tadi, pukul hingga kembang kemudian masukkan ke dalam campuran bahan A + bahan B dan gaul semua hingga sebati-batinya :D

4. Pecahkan 3 biji telur dalam bekas yang lain. Kacau hingga telur nampak sedikit kembang. Masukkan telur ke dalam bahan yang sudah di campur tadi. Sebatikan.

5. Dah yakin sebati ? Ok, masukkanlah ke dalam loyang.

6. Sediakan tempat pengukus anda. Dan masukkan adunan kek tadi, pastikan penutup pengukus anda tadi dibalut guna kain atau apa-apa yang boleh menghalang air daripada menitik ke atas kek :) faham ?

7. Kukus dalam masa 1 jam. Dalam tempoh 1 jam tu, jangan buka-buka kek tu. Biarkan dah 1jam baru tengok. Dah yakin masak, tutup api !

8. Biarkan sejuk sikit, baru potong dan nikmatilah keenakannya :D

sekian!