Pages

Majlis Pertunangan & Bajet

18.11.2016

Assalamualaikum.

Lama sangat post kisah tunang ni kat draft. Sibuknya lahaiii kalah menteri kabinet. 

Majlis aku dah lama selesai, alhamdulillah. Saja share kat blog untuk dikenang-kenangkan masa tua nanti. huhu. Tambahan pula, berbesar hati nak share cara bajet untuk majlis yang ringkas dan mudah.

OK, Lets start.

Tarikh :
Kata kunci untuk tarikh ialah perbincangan kedua belah pihak. Yang pastinya, buatlah masa hari cuti Sabtu atau Ahad. So, majlis pertunangan aku dipilih hari ahad. Sebab? Bagi peluang keluarga yang jauh datang pada sabtu pagi dan mula rewang pada sebelah petang.

Masa :
Sebelum Zohor pihak rombongan datang. Sangat punctual OK. Tips, masa yang sesuai untuk datang merisik adalah sekitar Jam 10 Pagi - 2 Petang. Lebih dari itu, kasihan pihak menanti rombongan yang lama benar tak kunjung tiba, makanan pun cepat habis sebab lama sangat tunggu. Lagi satu, nanti pihak keluarga bosan nak tunggu. 

Tempat :
Kalau ikut artis-artis ada yang siap buat kat dewan. Tapi kita yang artis kampung-kampung ni buat sajalah kat rumah. Masa majlis aku, kami buat kat rumah nenek, sebab rumah kami tak sesuai untuk orang yang ramai.

Jumlah Hadirin :
Penting. Ia penting untuk kita bajet makanan. Sama ada buat Catering atau masak sendiri, jumlah ini sangat penting. Masa majlis aku, target 100 orang termasuk keluarga aku dan pihak rombongan.

Tema :
Amboi, bertema pula. Tema pertunangan basically pilih tema warna untuk yang nak bertunang. Warna mini pelamin, warna baju dan warna hantaran. So, aku pilih warna ungu. Pilihlah warna kesukaan anda untuk elakkan penyesalan. HAHA. Warna kegemaran takkan kecewakan anda. Trust me.

Dulang Hantaran :
Majlis aku, yang menentukan jumlah dulang diserahkan kepada aku dan dia. So, nak jimat punya pasal aku decide 3 dulang balas 5 dulang. Dari pihak lelaki 3 dulang, dari pihak aku pula 5 dulang. Selalunya memang orang akan bagi ikut jumlah ganjil, 3-5, 5-7, 7-9, 9-11 haaaa dan pandai-pandailah. Ada juga yang pihak lelaki cuma bawa 1 dulang untuk cincin sahaja. Mana-mana pun boleh, berbincang dengan keluarga OK. 


Hantaran & Bajet :
Tema dulang hantaran Purple + Gold.

BROWNIES

Harga Brownies : RM 45 (Size 10x10)
Window Box : RM 3.50 (Size 12)



 BUAH

Harga Buah : RM 20
(3 jenis buah beli di Pasar)



AL-QURAN & SEJADAH

Harga Al-Quran : RM 73
Sejadah : Sponsor
(AlQuran Pelangi, Tajwid, Tafsir & Asbabun Nuzul)
Tempat beli : Surat Chenta



MINYAK WANGI

Harga Minyak Wangi : RM 59
(Dashing & Romano Beli Di Watsons je, haha)


COKLAT

Harga Coklat Vochelle : RM 18
(Cari di Supermarket)
Coklat Hersyes : Sponsor dari Labuan

Dulang : Pinjam (Free)
Bunga : RM 30 (Beli di Kaison)
Reben : RM 20 (Beli Kedai Renda di Putatan)

Total Bajet untuk Barang hantaran : RM 268.50


Baju :
Hampir sebulan cari baju yang sesuai dan murah dan tidak melebih-lebih corak. Sengaja cabar diri untuk cari baju bajet bawah RM 100. Tinggal seminggu sebelum majlis, baju masih tak jumpa, siap mengadu dengan si Dia, hampeh pula dia suruh pakai baju raya yang lepas. Ciss.

Berkat sahabat solehah, ada 2 orang suruh ke Tamma Wisma Muis untuk cari. Alhamdulillah jumpa baju kurung harga RM 99. Nangis dalam hati, masih dalam bajet. hehe.



Mini Pelamin :
Yang ni tiada dalam list aku, tapi sebab nenek aku suka sangat gubah sana sini dan dia seronok sangat sebab aku cucu pertama yang ada majlis tunang, Sebelum aku, semua terus nikah. So, mini pelamin aku tak kacau langsung. Fully sponsor, dan rupa macam mana pun aku tak ambil kisah. Tak keluar duitkan ? So, diam. haha. 




So, inilah pelamin aku masa majlis haritu. Bunga-bunga dan bantal tu semua beli di Kaison. Kerusi memang ada di rumah. DIY semua ni, Sehari semalam cari idea dengan bahan yang sedia ada. hehe. Kalau nak lebih, tempahlah pelamin, sedia bajet RM 350 paling murah.


Make-Up :
Sebelum majlis, ramai tanya siapa akan make-up aku. I have no idea sebab niat memang akan make-up sendii walaupun tak pandai. Main tepek jak apa ada. So, jimat kat situ kan ? Kalau nak lebih cantik, sedialah bajet RM 100-200 untuk make-up sahaja. Kalau aku, kurang keyakinan sikit pakai make-up sebab bukan kebiasaan dan rasa lain. Haha. Ditambah pula selalu dia pesan, jangan pakai make-up. Eleh, poyo betul. Kalau aku lawa sikit, pandai pula dia sengih-sengih. haha


Makanan :
Bajet untuk makanan yang keluar dari poket aku sendiri RM 600 untuk 100 orang makan. Masak sendiri, Ayam 17kg, Daging 7kg, Sayur campur, bahan rempah, beras 10kg, Beras pulut untuk kelupis 7kg.

Ayam masak kari. Rendang Daging, Sayur campur, Kelupis. Tart telur 100 biji sponsor, Kek coklat aku buat sendiri, Kek pisang beli, dan Rempeye 2 tin besar.

Alhamdulillah, tiada pembaziran makanan. Cukup untuk semua, siap boleh ditapau lagi. hehe. 

Rewang buat Kelupis. Makanan tradisi Brunai.

Sekitar Majlis :
Last sekali, sekitar majlis berjalan. Alhamdulillah, cuaca yang baik. Keluarga yang banyak membantu. Terima kasih atas bantuanMu ya Rabb.





Mak Kandung dia - Sarung cincin

Mak tiri dia - Sarung gelang



Turn aku pula makan bila pihak rombongan dah balik.


Alhamdulillah, selesai dengan izin & Nusrah Allah. 

Ada orang kata "alah, tunang jak pun". "Alah, baru tunang"

OK Gais, memang tunang jak pun. Memang baru tunang. Tapi, let me tell you something. 

Bukan senang, bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Untuk hati betul-betul terbuka menerima seseorang yang akan menjadi sebahagian dalam hidup kita. Its a hard decision for me. Sebab bertunang ini sudah melibatkan keluarga kedua-dua pihak. Apa-apa jadi, ia akan melibatkan keluarga. Its a serious part. Dan bukan mudah ada lelaki yang sanggup berkomitmen sekarang ini, Kan ?

So, doakan yang terbaik. Doakan. Doakan kami hingga ijab qabul dan hingga syurga. Ameen.

Thank you. Wasalam...

Pssssttt... 

Tengah cari Door gift / souvenir ke tuuu untuk majlis Sis sis sekalian ? Ni haa akak share door gift yang comel-comel, unik dan harga berpatutan untuk majlis korang. 



Terus ke link ni tauuu ;)




Atau hubungi Sales person dorang k 

016-639 6480 | 018-216 0646
013-304 3759 | 014-367 2788 | 017-230 0363
  

6 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum sis, bersyukur saya dalam mencari-cari tips persiapan untuk majlis pertunangan saya terjumpa blog sis, yang bg saya tips yang dikongsi adalah lebih krg sama dengan apa yang saya ingin kan. Sangat membantu saya yang buntu untuk bermula dengan apa dahulu. Saya doakan hubungan sis dengan pasangan diredhai Allah dan kekal hingga ke syurga.

S-Zulaikha said...

@Siti Aisyah

Ameen, thank you! Sama dgn awak juga, smga semua dipermudahkan... Sabar setiap ujian yg muncul. ;)

Unknown said...

Assalamualaikum tq kongsikan tips majlis tunang . Saya risau majlis saya lebih bajet alhamdullilah lpas baca tips ni saya saya dpt kurangkan perbelanjaan majlis saya. Doakan saya dan pasangan ya. Dan saya doakan sis dan pasangan kekal hingga akhir hayat .

Zulaikha said...

@qesha me

bawah RM1500

Zulaikha said...

@Unknown

wslm. Allahumma ameen. semoga Allah mudahkan urusan sis, dan diberi ilham disaat buntu, ;)

Intnyusri said...

Terima kasih share . Doakan saya saya dengan pasangan saya agar dipermudahkan urusan kami❤️