Pages

Tips Ke Bandung-Jakarta, Indonesia (5H 4M)

21.05.2015

Assalamualaikum, 

Destinasi pertama ke Luar Negara, tanpa Tour Guide dan berbekalkan tawakal yang tinggi pada Allah. Selesai persiapan sebelum ke Luar Negara (entry sini), semakin hari semakin excited. Dua minggu sebelum terbang, perkara terakhir yang kami selesaikan ialah "Apply Cuti" dari tempat kerja. Haha! Genting juga saat ne, takut cuti kena reject. 

Alhamdulillah! Cuti approved, group WhatsApp kami 3 orang setiap hari count down. haha. Eksaited sungguh, pertama kali lah katakannnn. -_-






13.04.2015
CHECK IN :
Kami check in 2 hari sebelum berangkat. Effy yang guna Mobile Check In, dia ingat sama macam MAS Airlines lepas check in guna Smartphone jak tunjuk masa boarding. Airasia just bagi Barcode pastu kau kena pergi Kiosk dan scan.

Ini juga pertama kali, berpeluh kami depan Kiosk sebab susah detect barcode. Apalah payah benar benda alah ne. Aish.

Kami Check in sekali untuk tiket balik. Nanti tidaklah berkejar ke Airport. kan ?



BALAI BERLEPAS :
Entahlah, eksaited punya pasal kami berbaris salah gate. Kami tengok orang depan semua pegang IC, kami 3 orang ja pegang Passport. Tapi masih juga berbaris, haha! Tak lama, ada gate baru buka, baru nampak orang pegang Passport. Aish, macam pertama kali naik kapal -_-




DI AWANGAN :
Kalau book tiket sekali, tempat duduk pun akan dibagi sebaris juga. Jadi start kapal mulai stabil di langit biru. Kami pun mulalah keluarkan duit kami yang berjuta-juta tu. Haha! Sesi asingkan duit ke dalam envelope -_-
Fungsinya, supaya tak terguna dan lupa daratan.

RP 460,000 / 3 - Supir
RP 500,000 / 3 - Hotel di Bandung
RP 600,000 / 3 - Hotel di Jakarta

Selesai ? Ya, duit yang tadi juta-juta setiap seorang sudah tinggal ribu riban je. Haha!




AIRPORT SOEKARNO, JAKARTA :
Perjalanan ambil masa 2 Jam. Turun saja kami dari kapal, tetiba nampak 2 biji Bas. Dalam kepala kami, bayar ka free ? Naik ka tidak ? Finally naik, memang kena naik sebab jauh bhaii. Aku kurang pasti sama ada memang caranya begitu atau sementara sebab Airport memang under construction. 




PEREMPUAN SEKSI DAN MUSOLLA :
Kami landed, memang dah masuk waktu Zohor di Indonesia. Teruslah cari Surau, di sini bukan panggil Surau, tapi Musolla.
Sewaktu nak solat, ada perempua pakai skirt masuk dan ambil Wudhu'. Terus teringat bahawa negara ini ada yang pemikiran Liberal, jadi tidak hairanlah kalau jumpa yang macam ini.


JAKARTA - BANDUNG :
Kalau ikut rancangan kami, ke Bandung guna Train kan ? So, keluar Airport cadangnya cari teksilah konon. Tapi kami terjumpa ada booth kecik-kecik depan Airport yang sedia khidmat kereta terus ke Bandung.
Harga RP 140,000 = RM 35 seorang, setelah kami bincang dan belek-belek harga sambil fikir kalau teksi sudah berapa ke Stesen + harga train, harga lebih kurang juga. Jadi, dengan penuh yakin kami teruslah guna khidmat X-Trans.


Free Wifi ok!




BANDUNG :
Tiba lebih kurang dalam jam 5 petang. Disebabkan baca banyak Blog yang mengatakan di Indonesia mengamalkan sistem tips bagi setiap pertolongan, banyak juga benda kami settle sendiri. Disebabkan pertama kali, takut-takut juga bertanya dengan supir yang bawa Trans Express ne untuk tanya kalau dia tahu Hotel yang kami mahu tuju.
Dalam fikiran, kena bayar ka ? haha. kolot betul -_-
Last-last, ramai sudah orang turun kami pun decide untuk tanya. 

" Pak, tahu enggak Hotel yang ini ?

"ouh, jalan ini sudah kita lewat tadi"
- " Jadi gi mana kami mahu ke sana pak ?"
"Guna taksi aja"
- "Di mana mau nyari teksinya pak?"
"Ada didepan, nggak apa saya hantarin"

Begitulah bualan kami. Ya, memang lancar bahasa indonesia kami. Thanks Sinetron yang berlambak di Malaysia.

" Kak, itu taksinya"

kami pun bingung, sebab tak tahu mahu naik mana satu, banyak sangat -_-
Teringat dalam Blog, katanya ada 2 Jenis teksi yang bagus :
1. Blue Bird
2. Gemah Nipah

Masa tu Gemah Nipah depan mata, rasa agak selamat sikitlah. Masuk teksi, kami nampak supir bagi tips ngan ada orang tu, tak tahu juga jenis khidmat apa dia bagi. Tengok macam tiada ja. hihi!

*Jangan malu tanya supir, tak bayar pun. 


TEKSI/TAKSI :
Mata aku melilau tengok sepanjang jalan, sebab cari kedai makan yang hampir untuk malam nanti. Hampir terlepas Hotel, nasib mata melilau dan perasan hotel sendiri. Kami 3 banyak terpengaruh dengan Blog, kami ingat semua pesan dalam Blog. Haha!
Di pesan dalam Blog, kalau naik teksi seorang kena duduk depan dan yang lain duduk belakang kena tengok meter teksi, bila teksi berhenti terus tengok berapa yang perlu dibayar.

Ada takut sedikit dengan supir sebab muka dia garang. Bila teksi berhenti, kami 3 orang sekali tengok meter teksi. Haha! Di paparkan RP 17,000 = RM 5.

-" Bayar RP 17,000 ya pak ?"
" Bayar minimal RP 25,000 *sambil dia tunjuk tulisan depan kereta yang kami 3 tak perasan pun"
- "Berkerut dahi kami 3 dan terus bayar"

*Maksudnya, bayaran minima RP 25,000 = RM 8.


CLEO GUEST HOUSE :
Tunjuk booking paper yang kami sudah print siap-siap. Lepas bayar RP 500,000 + deposit RP 100,000 untuk 2 Malam bilik Standard untuk 2 orang. Receptionist tu tanya :

" Embak, yang tidur di sini 2 orang atau 3 orang ?"
- " 2 orang aku jawab *tapi terang-terang kami datang 3 orang"
" Kalau 3 orang, perlu tambah bayaran RP 70,000 untuk (additional person) termasuk breakfast"
- " ouh enggak, 2 orang aja. Teman saya nanti pulang hotelnya sendiri kok"

Panjang lagi kisahnya, finally kami bayar juga RP 70,000. hihi. Maksudnya harga hotel untuk kami 3 orang RP 570,000 .




MAKAN MALAM :
Yang terdekat dengan tempat tinggal kami Restoran Ayam Goreng Suharti. Makanan tradisi Yogyakarta. Selepas maghrib lebih kurang jam 7 malam kami keluar, jalan kaki. Beranikan diri, sebab jalan dari Hotel ke Restoran ambil masa dalam 5-7 minit di jalan yang agak gelap dan kurang orang.
Kami 3 orang, masa masih remaja dulu agak nakal dan boleh tahan degil dan boleh tahan berani. Jadi perjalanan kali ini memang dilindungi Allah sebenarnya. Hihi, keras hati 3 orang, tiadalah yang tergedik-gedik berjalan takut itu takut ini.





Makan malam RP 165,000 untuk 3 orang. Makanan manis, aku dengan Effy lidah tidak boleh kalau tidak pedas. Lada banyak mana letak pun tetap tidak pedas sebab dia bagi kicap manis. 
Alhamdulillah, kenyang juga. Kenyang Selfie sekali. haha!


Ulam & Teh adalah gratis!

WIFI :
Cleo Guest House memiliki wifi terpantas didunia. hehe!



14.04.2015

PAK UJANG :
Seperti yang dirancang, hari ke-2 kami akan gerak ke Kawah Putih guna khidmat Hayukka Bandoeng. Hidayah cakap pemandunya muda sambil bagi tengok gambar sebelum kami turun hotel.
Jam 8 pagi temu janji kami, khidmat selama 12 jam. Kami 3 turun hotel, Supir sudah sampai. Bukan muda, dalam lingkungan umut 30-40 tahun juga. Hidayah yang urus, jadi dialah tanya nama supir tu. Namanya Pak Ujang. Kereta kami guna Honda City, jangan risau disini tidak guna kereta buatan Malaysia. 
Macam biasa, Hidayah duduk depan, aku dengan Effy dibelakang. Tiba-tiba Pak Ujang bersuara :

Dia tanya Hidayah :
" kaka kerjanya di Petronas ya ?
- " Eya, macam mana bapa tahu? balas Hidayah
" habis mukanya kaya menara petronas.
HAHAHAHAHAHA , pecah ketawa kami 3 orang. Ok Pak Ujang lucu.

keadaan kembali sunyi.
Pak Ujang bersuara lagi :

" Saya itu, dulu tidak suka sama orang Malaysia.
Dalam kepala otak aku, habislah hari ini akan jadi hambar kalau betul dia tidak suka orang Malaysia.

-" Emangnya kenapa pak ?
" Habis Siti Nurhaliza tinggalin saya, saya sampai tinggalkan Rossa loh.
HAHAHAHAHAHA! adoi, sakit jiwa aku oleh Pak Ujang.

Banyak lagi cerita kami, lawak kami pun bukan main dia ketawa sungguh.

-" Eya, bapak juga handsome loh kaya Aril Peter Pan.
" Eya, saya tahu itu.
HAHAHAHAHA. tolonglah Pak Ujang.


KAWAH PUTIH :
Perjalanan ambil masa 3 jam, dalam jam 11 sampai ke Destinasi kami. Tapi dalam fikiran mahu makan dan penat dalam perjalanan.
Masuk ke Kawah Putih bayar ya kawan-kawan. Kami terlepas kot hal ne dalam Blog. Tak tahu pula kena bayar. Bayar RP 50,000 seorang + kenderaan sewa RP 150,000, Supir tak perlu bayar. Total bayaran RP 300,000. Perghhhh.
Cantik dan sejuk + bau belerang. Tiada buat apa, menyaksikan keindahan alam dan bergambar sebanyak mungkin.









Best-Friend Forever sampai Syurga!




Sebabkan lapar yang tidak boleh dibendung, kami naik semula dan berhajat untuk bawa Pak Ujang ke tempat makan.

Soalan pertama Pak Ujang bila nampak kami :

" Kawahnya masih ada?
- " Masih ada Pak, malah makin banyak lohh" - Jawab aku



Kereta yang kami naik & sewa.  

Pengangkutan awam yang tersedia. Maaf, tambang tidak tahu. huhu

CILOR :

Lapar sungguh kami sampai beli jak makanan kat tepi jalan menuju ke tempat makan yang terdapat di Entrance Kawah Putih. Kami tak kenal pun makanan ne dan campurannya apa. Tapi memang sedap! RP 5 000 = RM 2 empat batang.


JUS STRAWBERI :
Pertama kali minum, air ne percuma sebab bayaran sekali dengan entrance fee ke Kawah Putih. Masa kami sedang menikmati minuman, tetiba dengar orang nyanyi. Memula ingat radio sambil cakap "siapalah yang nyanyi tu dahsyat sungguh suara dia (sumbang) "



Tak lama, orang tu datang ke tempat kami. Memang kita kena bayar, bayarlah berapa yang kau nak bagi. Itulah punca pendapatan dia. Dia nyanyi lagu yang popular juga di Malaysia "Selimut Tetangga", apa lagi kami sing along la dengan dia. haha. Rasa macam nak cakap juga, bayarlah kami juga kami pun nyanyikan, hehe. 




OTAK-OTAK :
Masa kami sampai jak untuk duduk minum, tetiba kena hidang makanan otak-otak dan terus makcik tu blah! Kami tanya Pak Ujang, gratis atau tidak ? Pak Ujang angguk jak dia ingat kami ajak dia makan kot -_-

Bila kami balik, Makcik tu kejar. Kena bayar pula RP 20,000 = RM 6 sebab habis licin kami makan. Lapar eh! 


AYAM BRENGSEK ? :
Kami minta Pak Ujang yang bawa kami makan tampat yang best. Jadi dia bawa ke tempat yang tidak jauh dari Kawah Putih. Makanan tradisi Sunda, makan di Pondok. Ayam tu guna ayam kampung, kami siap minta Extra pedas. Sekali makan, tak habis sebab pedas betul!
Harga untuk kami 3 orang, RP 195,000 lagi mahal dari makanan semalam.





UBAH PLAN :
Baru masuk hari ke-2, kami sudah jatuh cinta dengan Bandung. Lepas aku solat dan sebelum makanan sampai, Effy & Hidayah bagitahu aku plan dorang untuk stay lagi 1 Malam di Bandung. Serta merta aku setuju sambil bagitahu sebab aku. Maksudnya, kami cancel untuk menginap di Jakarta seperti yang dirancang. Duit Hotel di Jakarta yang kami asingkan awal tu, kami guna untuk bayar hotel malam ke-3 nanti dan rancang untuk tukar hotel yang murah dan dekat dengan Pasar Baru.



Mahu tunjuk sebenarnya betapa rapatnya angkutan ne dengan kereta kami. 
Pak Ujang cakap : "Di sini itu, kalau bawa mobil mahunya sabar. Paling kurang orang Bandung guna Hon 40x sehari. 




RUMAH KAIN :
Kami kurang tahu pasal benda ne, memang ada baca tapi kami fikir kain di Pasar Baru lagi murah. Tapi Pak Ujang cakap, yang di Pasar Baru pun ambil disana. 

Pak Ujang cakap :
" Tempat shopping itu syurga bagi wanita, kalau sudah masuk langsung lupa dunia."
-" Ya eya lah Pak, Sudah masuk Syurga sudah enggak perlu ingat Dunia: - Jawab aku. hihi

Sampai di rumah kain, aku rasa betul-betul Heaven. Kami sampai dalam jam 3 dan keluar dalam jam 5 lebih. Macam Pak Ujang cakap, perempuan kalau sudah masuk sana sudah enggak keluar-keluar. haha, macam kami.

Harga kain 4 meter RP 110,000 . Kain pula dalam lipatan, kau sendiri kena membungkar untuk cari yang kena dengan selera kau. Fuhh! aku berpeluh juga mencari. Pekerja dalam tu semua lelaki, sekali sembang memang masuk. haha.

Kami 3 sampai duduk di lantai untuk tenung kain yang di atas rak. Pekerja pun join sekali sebab kami pelanggan terakhir. Sempat bergurau dan bersembang. Pekerja siap jadi Model kain kami. 

Perbualan kami lebih mudah sebab kami lancar bahasa indonesia dan loghat sabah pun dorang faham. Memula dorang cakap dalam loghat semenanjung, bila dorang dengar kami bercakap terus tidak kekok. Memang seronok.

" Ya beli embak, beli 10 percuma 1 (sambil tunjuk kawan dia).
-" haha, terbahak aku ketawa. Kalau itu ya nggah usah, beli seribu juga nggak ada percuma juga nggak apa-apa kalau percumanya yang itu.
" Bagi makan ikan aja embak.
-" terbahak lagi aku. Ikan saya juga nggak mahu, nanti ikan saya semua mati.
HAHAAHAHA

Petang tu jadi riuh rendah oleh kami, agak lama kami duduk bersila sambil pekerjanya tolong lipat kain kami.


Dia ne lah yang di bagi percuma tu. haha!




KEYCHAIN :
Luar pintu rumah kain ada jual macam-macam Souveniour. Aku rasa macam kena pukau masa tu, dia jual dengan harga RP 50,000 aku rasa murah, Aku beli 2, jadi RP 100,000 hampir sama dengan harga kain sepasang, Tapi aku beli juga (menyesal).

Sebelah rumah kain ada rumah yang jual T-shirt harga pun boleh tahan murah. Aku beli juga. 2 helai baju Armani RP 80,000.


AMANDA :
Pak Ujang cakap, kalau suka yang Brownies ne Amanda lagi popular. Kartika Sari terkenal dengan kesedapan Kek Pisang dia, yang lain biasa saja. Jadi, Pak Ujang bawalah kami ke Amanda, Hidayah & Effy saja beli. Kami belikan Pak Ujang sekali untuk dia bawa pulang, tapi surprise. hihi.


NASI PADANG :
Malam pertama cuba makanan Yogya, tengahari makanan Sunda, sudah hampir jam 8 malam kami di atas jalan Pak Ujang bawa kami untuk cuba makanan tradisi Padang untuk makan malam. Pelayan akan hidang sebaris lauk dan akan kira mana yang kita makan saja. Effy tambah order makan Martabak Mesir.
Kami makan sikit, sebab kurang kena dengan selera kami tapi bayar mahal dalam RP 220,000 juga. 



Martabak Mesir, kami tapaukan sekali untuk Pak Ujang :)

SOUVENIOR :
Keluar dari restoren, terus nampak pelbagai Keychain yang kami jumpa masa di Rumah Kain. Harga 5 ikat RP 100,000, rasa geram betul sebab rugi masa beli di rumah kain, 1 ikat RP 50,000 ! Jauh beza. Ada jual T-shirt Bandung 5 helai RP 100,000 , memborong lagi kami. Kami belum ke Pasar Baru lagi , juta-juta sudah mulai susut. haha!


GOOD BYE PAK UJANG :
Sebelum jam 9 malam, tugas Pak Ujang sudah selesai bawa kami ke banyak tempat. Service yang tip-top, perbualan yang lucu, kisah hidup dan macam-macam lagi. Siapa yang jenis mesra alam memang saya recomend Pak Ujang pada kalian, siapa yang jenis pendiam juga, carilah Supir yang pendiam jadi percutian kamu pun senyap. haha!

Sampai ke Hotel kami, aku terus meluru masuk sebab kena bayar Additional Person Fee. Effy & Hidayah yang sempat say good bye dengan Pak Ujang. Kami bagi makanan untuk 
Pak Ujang bawa balik, Martabak Mesir & Kek dari Amanda. 

Sepanjang hari, bila waktu makan, Pak Ujang takkan ikut kami walaupun kami ajak. Masa makan tengah hari kami terpaksa pesan dengan pelayan supaya makanan Pak Ujang biar kami yang bayar. Makan malam pula, Pak Ujang tak makan jadi kami tapaukan. 

Kami 3 pun bukan orang senang, jadi kami faham perasan orang yang kerja keras untuk sara keluarga. Layanan Pak Ujang sangat baik, dia puji dan selesa dengan kami. Kami pun rasa senang dengan hiburan dia. Pak Ujang cakap, kita nggak punya apa-apa sesama manusia melainkan punya "doa" dan saling mendoakan :) .

Terima kasih Pak Ujang.





15.04.2015
RUMAH MODE :
Pak Ujang sempat bagitahu kami semalam yang Rumah Mode dekat dengan Hotel kami tu, jalan kaki pun boleh sambil dia tunjuk arah. Jadi berjalan kaki lagi kami dengan gagahnya, buat macam Indonesia ini kita yang punya! hihi.

Barang-barang branded disini, mahal-mahal boleh tahan. Kami ambil gambar jak, haha! Dan paling penting, kami terjumpa CIMB disini. Duit pun sudah kurang, mahu atau tidak kena keluar juga duit. Aiyaaa. Keluarkan RP 500,000 .


Bukti kami jalan kaki. Fuh!





Sepanjang disana, memang kami biasakan bawa beg letak di depan -_-




TEKSI BLUE-BIRD :
Selepas 2 malam di Cleo Guest House, kami decide untuk cari Hotel yang dekat dengan Pasar Baru. Bila cari di Booking.com , jumpalah Moritz Hotel dengan harga yang murah untuk 1 malam.

Kami minta Hotel call kan Teksi, Hotel cakap paling lewat Check-out jam 12.30pm, jadi kami minta Teksi datang jam 12.00pm macam tuh. Sekali Hotel macam sengaja minta kami keluar awal, dalam jam 11.45 pagi ada sudah teksi sampai.

Hotel ada cakap, akan ada Cas RP 35,000 dan kami ok lah tiada masalah. Cuma kurang jelas kena bayar pada siapa. 
Masuk jak Teksi, meter sudah standby RP 7000 sama macam Teksi meter yang kami naik sebelum ini.

Supir tanya kami mahu ke mana, kami cakaplah Hotel Moritz sambil tanya Hotel ini dekat ka tidak dengan Pasar Baru. Dia jawab Ya. Kami tanya lagi kalau dia boleh cadang hotel yang lagi bagus dan dekat. Dia cakap ada, saya hantar terus ke sana, kami ok jak dan follow.

BA'SO :
Kami belum makan tengah hari, kami sembanglah dengan Supir yang sejak sampai kami belum cuba Bakso asli indonesia. Dia cakap ada, dan kami minta bawa terus ke sana.

Sekali tanya :

" bapak bisa tunggu sampai kami selesai makan ?"
- " bisa, cuma kalau 1 jam di tambah RP 24,000 , kalau setengah jam RP 12,000 aja"
" ouh, boleh kalau gitu.



Memang kena selera kami, Ba'so langsung tidak sama macam di Malaysia. Harga RP 22,000 satu.

Bila masuk teksi semula, harga meter tidak berubah. Supir cuma minta RP 2000 untuk bayar parking.


SUPIR TEKSI BAIK HATI :
Kami 3 orang terus tengok meter teksi bila sudah sampai, meter paparkan RP 71,000. 

" Bayar RP 71, 000 ya pak ?
- "Terserah mau bayar berapa-berapa aja"
" Yang bener pak"
-" Eya, terserah." *Supir keluar ambil barang kami untuk di turunkan
" kami 3 terharu dalam teksi, terus bayar RP 80,000 dan berterima kasih banyak kali. huhu "

SCARLET HOTEL, KUBANG KAWUNG :
Supir terus park di Hotel Scarlet. Agak mewah, jantung aku berdegup kencang. Dalam fikiran memang mahal Hotel ne, memang bajet kami lari ne. Habislah. haha.
Aku terus meluru masuk Hotel ke Reception dan tengok harga bilik yang paling murah.

Maka terpampanglah harga yang paling rendah ialah RP 460,000 (terbeliak mata).

" Selamat datang embak, mahu nginap berapa malam ?
- " 1 malam aja.
" Boleh pilih biliknya embak
-" Bagi yang ini aja, standard room harganya RP 460,000 ?
" Ok embak, sekarang kami lagi promosi harganya jadi RP 360,000 (alhamdulillah dalam hati) , kami pakai duit yang sudah kami asing sedia untuk Hotel di Jakarta yang tidak jadi kami menginap. Baki RP 140,000 kami simpan untuk tambang Train balik Jakarta.
-" Biliknya untuk 2 orang, tapi kami 3 orang ada nggak Cas Additional person ?
" ouh terserah, berapa ramai juga nggak apa-apa, nggak ada bayaran.
-" Bayarannya sekali breakfast ya.
" Makanannya dihantar ke bilik atau makan di Cafe ?
- " Nanti kami bagitahu, kalau ramai makannya di Cafe aja, kalau sedikit kami bisa hantar ke bilik.

Rasa terharu lagi sekali, semua barang kami di angkat oleh pekerja sampai ke bilik. Yang jaga reception tu pun cantik dan nampak manis. Layanan mesra.




Dalam bilik ada sedia peti ais untuk selamatkan Strawberi yang kami terbeli masa di Kawah Putih.


PASAR BARU :
Selesai zohor, kami gerak dengan jalan kaki ke Pasar Baru. Supir teksi tadi ada tunjuk jalan ke Pasar Baru dari hotel kami, tapi kami lupa sebab jalan dalam teksi tadi berpusing-pusing -_-

Jadilah kami adegan berjalan kaki yang jauh untuk ke Pasar Baru, salah jalan terpilih jalan yang jauh. Supir cakap, bangunan warna merah boleh nampak dari jauh. Sebabkan kami salah jalan, maka bangunan Pasar Baru kami tidak nampak.

Sebabkan takut membayar bila minta pertolongan, kami teruskan jalan juga. Tapi, malu tanya sesat jalan kan ? So, kami decide untuk tanya budak sekolah, mesti tak perlu bayar. haha!

Jalan lagi, kami tanya seorang makcik :

" Embak, Pasar Barunya di mana ya ?
-" Jalan aja lurus 
" Makasih embak
-" Emang dari mana ?
" Malaysia embak . *sambil senyum dan jalan

*Mestilah makcik tu heran, fasih indonesia tapi tidak tahu pasar baru di mana. hihi

Alhamdulillah! Tiba di Pasar baru. Memang banyak yang menggugat iman, penjual mesti akan cakap :
" Belanja lagi embak, murah-murah"

Fuh! fuh. Melaburlah duit dalam Pasar Baru. Istighfar banyak-banyak. Kalau berkenan, belilah terus, memang kedai tu kalau sudah kau pusing bangunan, takkan jumpa lagi. Macam akulah. sedih. sedih.

Harga, bagi aku harga biasa dan standard harga kalau tempat macam ne. Murah sikitlah. 


SUPIR TEKSI BAIK HATI 2 :
Keluar dari Pasar Baru dalam jam 3.30 Petang. Sebab kami berkejar ke Toko Buku Palasari yang tutup dalam jam 5 petang. Esok hari masih ada untuk ke Pasar Baru kalau ada barang mahu di beli.

Jalan sikit ke jalan besar, jumpa 1 teksi. Aku ingatkan Blue-bird, bila dekat tengok teksi macam lain namanya Garuda ka apa tu. Tiada meter. Jadi, mahu atau tidak, kena juga minta tolong bawa.

" Pak bisa nggak ke Toko Buku Palasari ?
-" Ya bisa.
" Berapa harganya pak ?
-" RP 50,000
" ouh bisa, sempat ya pak ?
-" Sempat, tutup jam pukul 6 kok
" ok kalau gitu.

Dalam teksi, Supir tanya :

" Emang dari mana ?
-" Kami orang Malaysia.
" Benar ?
-" Eya pak.
" Bahasa indonesia nya pas loh. Kaya orang Padang.
-" Eya pak, habis di Malaysia kami nonton sinetron.
" Di sini itu ya, jangan bilang kamu dari Malaysia, cakap aja dari Medan habis bahasanya hampir sama loh.
" Tinggalnya di Hotel mana ?
-" Scarlet Hotel.
" Jadi baliknya dari Palasari nanti gi mana ?
-" Yaaa, kami nyari teksi aja pak
" Ginilah embak, ikut saya aja. Nggak apa-apa, saya tunggu sampai selesai
-" Berapa harganya pak ?
" Saya kira RP 100,000 aja semuanya. Kalau orang lain RP 200,000 , habis kasian sama kaka.
-" Ok pak, Makasih ya.

*Kesian Supir tu, lama dia tunggu kami.



TOKO BUKU, PALASARI :
Deretan kedai buku. Boleh tahan sunyi. Memandangkan dapat kiriman dari sahabat, jadi nama buku bagitahu ja sama penjual dan dorang sendiri akan cari. Yang penting, buku sangat banyak!







PENJUAL BUKU BAIK HATI :
Aku cuma ada RP 120,000 untuk beli 4 buah buku, ini jak bajet sebab duit lain untuk kegunaan lain. Harga buku semuanya RP 125,000. Sewaktu sembang sambil belek-belek buku, penjual sempat bawa sembang :

" kok datangnya lewat petang embak ?
-" eya, tadinya ada urusan langsung ke sini sebab besok sudah mau pulang"
" Pulang mana embak ?
-" Jakarta. (dalam kepala mau cakap sebab kapal esok dari Airport Jakarta)
" Loh, kenapa beli bukunya sampai ke sini di Jakarta juga banyak.
-" Eya sih, cuma aku tuh enggak punya waktu jalan di sana (sebab esok sampai Jakarta akan terus ke Airport)
" Eya loh embak, habis sana ramai yang nyopet, bahaya.
-" Eya deh.

Masa mahu bayar, habis beg aku selongkar cari RP 5000 yang kurang. 

"Aduh gi mana ya Mas ? Saya sudah nggak punya uwang, saya kurangin bukunya aja ya ?"
-" Enggak apa-apalah embak, ambik aja, lagian orang Jakarta ya ?
" eya Mas. Makasih banget!

Terharunya jumpa orang baik.

Aku jalan lagi, terjumpa longgokkan novel-novel Indonesia! Rasa mahu beli semua, tapi berkira-kira sudah dalam hati. Sudah tiada duit ne. 
Last-last terpegang 1 Novel tulisan Habiburrahman El Shirazy, Novelis terkenal! Menangis dalam hati kalau tidak beli memang rugi ne. Penjual kata, harga RP 40,000 satu. Kebetulan Hidayah beli juga Novel, jadi aku tawar-menawar.

" Mas, kami ambil 2 ini bisa enggak harganya RP 60,000 ? (fuh tawar sampai kurang RP 20,000. haha)
-" Aduh, RP 70,000 boleh embak ?
" ok.

*terpakai duit simpanan -_-


MAKAN MALAM MEGI ? :
Lepas balik dari Toko Buku, kami minta singgah kedai serbaneka untuk beli makan malam. Duit sudah mahu habis maaaa, jadi barulah konon berjimat.
Sekali makan megi buatan Indonesia, perghhhh! Sedap tahap 5 bintang sambil menikmati malam terakhir kami di Bandung.





16.04.2015
SARAPAN MELAMPAU :
Effy & Hidayah pergi cafe ambil sarapan bawa masuk bilik masa aku tengah mandi. Sekali dorang bawa makanan macam orang tidak makan seminggu. Sebab 2 hari masa di Cleo Guest House, sarapan Mee + telur dadar . haha.


Alhamdulillah!



STASIUN BANDUNG :
Awal pagi kami jalan kaki lagi ke Stasiun Bandung untuk book tiket balik Jakarta, perjalanan dari Hotel lebih kurang 10 Minit. Agak bingung, tidak tahu mana ambil nombor dan sebagainya. Tetiba nampak orang tulis-tulis satu slip. Kami pun berlagak tahu, isi juga borang tu.

Lepas isi, nampak 1 kaunter yang tulis perjalanan ekspress. Maksudnya, orang yang beli tiket dan jalan pada hari yang sama dan bagi jak slip yang diisi tadi. Harga semua sama RP 100,000 seorang. Bertolak jam 11.00 Pagi.




PET SHOP, KARTIKA SARI & KEREPEK TEPI JALAN :
Perjalanan dalam 20 minit berjalan kaki, best juga sambil menikmati alam. Aku bawa Effy & Hidayah jalan tepi jalan raya bukan kawasan pejalan kaki sebab lagi selamat dari pencopet sebenarnya. Kalau ada pencopet pun dia lari ke jalan raya ada potensi dilanggar, jadi mesti dorang takut kan ?

Masuk pet shop sesaja tengok haiwan, masuk kartika sari pun sesaja tengok kuih last-last kami singgah tepi jalan beli kerepek tempe.


Penjual tu pun tanya :
"Dari mana embak ?
"- Malaysia.
" Ouh, bahasanya seperti orang Kalimantan.
" Oh ya ? Kemaren kami dibilang orang Padang loh.
" Eya embak, selalunya dengar orang Malaysia cakap "ye kee, ye kee"
" Hahaha, terbahak kami. Ouh itu, orang Semenanjung, kami Borneo dari Sabah"

"Berapa harga kerepeknya ?
" RP 10,000.
" Terima kasih
" Monggo
" Bukan sami-sami ya? 
" Boleh juga, cuman sami-sami biasa diguna oleh anak muda gitulah
" Jadi kamu orang tua ?
" Ya, gitulah.. kelahiran tahun 93.
" Apa ? Kalau gitu kami lagi tua dong ? kami tahun 92. Sambil ketawa.






THANK YOU SCARLET HOTEL :
Lebih kurang jam 10.00 pagi, semua barang sudah ready untuk di angkut ke Stasiun Bandung. Kami decide jalan kaki, Aku 1 beg di tangan dan 1 beg sangkut dibelakang, Effy pun sama, yang parah Hidayah begnya sudah beranak-anak. So keluar bilik, aku bawa 1 beg Hidayah dan Effy tambah bawa plastik barang makanan kami.

Sampai reception untuk Check Out, seorang pekerja Hotel datang.

" Mahu ke mana embak ?
-" Ke stasiun aja.
" Kami hantarin ya embak?
kami 3 jadi bingung, dalam kepala kena bayar ka pulak ne ?
" Kami hantarin pakai mobil hotel, free of charge.
-" Ouh boleh! Senyum gembira kami, baru turun ke depan hotel kami sudah semput, tidak terbayang bila kena jalan kaki sampai ke Stasiun, mungkin mengensot sudah kali. haha! Tq Scarlet.




TRAIN BANDUNG - JAKARTA :
Di Stasiun memang ada pekerja yang tolong angkat barang. Tapi bukan free ya, perlu bayar. Kami 3, gagahi juga angkat barang kami sebab duit kami pun hampir kering. Jadi, angkat barang sendiri yang mana pintu Train macam dihujung dunia.

Memang nampak kesungguhan dorang angkat barang, ada nampak sorang Pakcik tu dia angkat sampai 6 beg! Gagah mencari rezeki, aku tak fahamlah kalau ada lagi orang merungut susah cari kerja. Banyak jak kerja masih boleh buat, rajin atau malas jak persoalannya.

Perjalanan ke Jakarta naik Train ambil masa 3 Jam juga. Pemandangan sepanjang perjalanan saja yang menarik, yang lain biasa saja. Cuma, dalam Train ada Pramugari.


Tiket Train

Ayam Penyet dalam Train. RP 25,000 (Habis sebab lapar!)


JAKARTA :
Sampai Stasiun Gambir, Jakarta dalam jam 1 petang kami terus ambil teksi minta hantar ke Airport. Awalnya mahu jalan-jalan ke Monas, sekali pandang beg yang berlonggok terbantut niat mahu nikmati Jakarta. Boleh pandang dari jauh jak Menara Monas tu, hampir sangat dengan Stasiun Gambir. 

Menara Monas, Masjid Istiqsal boleh tengok sepanjang jalan menuju ke Airport. Jalan macet. Mual pula lama dalam Teksi. huhu.

Sebenarnya, boleh juga kau minta teksi bawa ke Menara Monas sekejap dan ke Airport. Bayaran RP 250,000 = RM 80 . Kalau rasa murah, pegilah. hihi. Kami rasa mahal, jadi tak pegi.

Lain kali insyaAllah. Dan setelah aku amati, Bandung adalah kota shopping, jadi bila datang lagi jalan-jalan dulu di Jakarta baru ke Bandung untuk Shopping.







BAKI DUIT TEKSI :
Kami baca blog, dorang kata kalau naik teksi pemandu takkan bayar balik duit baki. Tapi lain pula kes kami, pemandu teksi bersungguh keluarkan duit dia untuk cari duit baki untuk bagi kami. Terima kasih supir. hihi


MALAM TERAKHIR DI AIRPORT :
Flight kami sebenarnya keesokan hari, 17HB jam 5.30 pagi. Bagi kami, tidur di Airport adalah langkah paling selamat dan jimat cost penginapan. Hihi.

Airport ne lain sikit, bila kau sudah keluar kau boleh masuk balik dengan syarat barang kena scan semula dan tunjukkan tiket & passport. Kalau kami 3 berjalan di Airport, memang kena tolak trolly lah. Kalau tak pun, sorang tinggal jaga barang. 

Jangan risau, ramai juga orang tidur di Airport. Kami ingat mahu tidur dalam Musolla, tapi wangian dalam Musolla tak kena dengan hidung kami 3. Jadi, tidurlah di kerusi, huhu. Sakit tulang bhaiii.

Benda ne sedap, tapi mahal. RP 19,000 = RM 6

Kawasan Cas handphone dan itulah kerusi tempat kami tidur semalaman :)



BALAI BERLEPAS :
Kami bangun seawal 3.30 pagi untuk check in barang. Tunggu sekejap untuk solat subuh, ada 1 kaka tu dia bawa solat jemaah. Aku ikutlah, aku lupa dorang ikut Mazhab Maliki yang tak perlu doa qunut. Mujurlah berada di negara dorang, kita boleh ikut sebagai menghormati mazhab yang dorang ikut.

Selesai solat subuh, terus boarding. Kami duduk berdepan dengan kaunter yang kami sangka yang akan cek tiket kami nanti. Sekali di umum untuk berlepas, meluru kami lari ke arah dia untuk berbaris.

Orang lain tengok jak kami, kami hairan kami 3 jak berbaris. haha! Rupanya salah lagi. Arghhhh! Buat malu, orang buat barisan sebelah lain. ish.




Alhamdulillah, berakhirlah percutian kami 3 orang. Sampai Kota Kinabalu jam 9.30 pagi. 
Terima kasih sudi baca ^^


Perbelanjaan untuk rujukan :
RM 250 - Tiket return (BKI - CGK)
RM 51 - Luggage 25 kg
RM 41 - Airport Tax
RM 200 – Passport
= RM 542

RP 310,000 - Hotel (2 Malam di Cleo + 1 Malam di Scarlet untuk 3 orang)
RP 155,000 - Supir ke Kawah Putih
RP 440,000 - Kain Pasang (4 Pasang)
RP 100,000 - Baju T-Shirt (3 Helai)
RP 100,000 - Keychain & Fridge Magnet
RP 160,000 - Buku (4 Buah)
RP 330,000 - Baju Kurta (2 Pasang)
RP 300,000 - Makan bajet untuk seorang
RP 140,000 - Xtran dari Jakarta – Bandung
RP 100,000 - Bayaran masuk ke Kawah Putih
RP 110,000 - Tambang Teksi 3x dan bahagi 3 orang
RP 180,000 - Blouse (2 Pasang)
RP 100,000 - Train ke Jakarta
RP 35,000 - Kerepek Tempe

= RP 2 560 000 ( = RM 700 )

Alhamdulillah, kurang dari RM 1500 sudah boleh ke Indonesia ;)




Next ?
Ho Chi Minh Maybe ?
Or Perth ?
Istanbul ?
Bali ?
Umrah insyaAllah!

Arghhhhhhh! If travels was free !

" Rindu untuk travel lagi, bangun pagi fikiran tidak serabut. Hari-hari jumpa orang baru, jumpa muka baru, dengar bahasa baru, jumpa orang baik, orang buat baik dengan kita dan langsung tidak harap untuk dibalas balik, menikmati alam, mensyukuri nikmat Allah, melihat cara hidup orang dan banyak lagi. Semoga kita murah rezeki selalu. Ameen."

Sepanjang perjalanan kami, satu yang kami sedar ialah bila kita buat baik, orang pun layan baik. Banyak blog kami baca yang menceritakan keseraman semasa berada di Negara ini, namun syukur ya Allah semua itu kami tidak jumpa, malah sebaliknya. Kami yang jadi segan dengan layanan baik orang-orang disana.

Lagi satu, percaya dan yakin pada Allah bahawa dia sebaik-baik pelindung.

2 comments:

Anonymous said...

habis i baca sampai habis. boleh sudah ni kau jd tour guide nanti. ayuk pi lagi sma smua! meleleh liur aku baca ksukaan hahaha

Zulaikha said...

meleleh liur ? what ? hahaha! ayokkk ibu-ibu sekalian...