Majlis Pernikahan & Bajet

26.07.2017

Assalamualaikum. Hai semua!

Nak share lagi, suka sangat share soal bajet-bajet ni sebab mana tahu kita dapat bantu orang lain yang tengah buntu tu. Kan kan kan ?

Pertama sekali, Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah sebab dengan izinNya, bantuanNya serta kasih sayangNya, aku dan tunang selamat bernikah pada 07.07.2017 (Jumaat). 

Tarikh 07.07.2017 ni, memang aku yang pilih (bajet nak tarikh lawa,hihi). Selalu berdoa dalam hati, walaupun kadang rasa mustahil tapi "You need to always pray and believed, then just make it happen!"

Ini adalah posting untuk "Majlis Pernikahan" sahaja, "Majlis resepsi/sanding" saya share next time ok ? 

Here we go!

1. Kursus Pra-Perkahwinan
Hmm, Kursus ni dah boleh masuk hukum wajib bagi negara kita. Tiada sijil kursus, borang nikah tak boleh ambil, HIV test tak boleh, apapun tak boleh. So, wajib pergi juga. Kursus selama 2 hari dan bayaran RM 100/orang.

2. Borang Nikah
Borang boleh ambil di Pejabat JHEAINS, harga borang RM5/borang. Satu orang kena ada 1 borang. Kalau Negeri Sabah pejabat agama panggil JHEAINS, negeri lain tak sure pula. Yang penting pejabat agama islam yang urus NCR (Nikah, Cerai, Rujuk).

3. HIV Test
Nak buat test ni tak lama sebenarnya, yang lama adalah menunggu giliran. Test ni kena buat kat "Klinik Ibu & Anak", kau jangan tiba-tiba ke Hospital ward kecemasan pula. Yang paling penting, buat kat daerah masing-masing. Kalau pasangan 1 daerah, bolehlah pergi sekali. Bayaran RM1/orang

4. Lengkapkan borang
Sebelum hantar borang, lengkapkan dulu. Kalau bekerja, ruang pengesahan bujang tu minta majikan saja tandatangan, kalau tak bekerja boleh jumpa ketua kampung. Tandatangan saksi tu, siapa-siapa boleh yang kamu kenal. Orang tu tak semestinya jadi saksi masa akad nikah nanti. 

Jangan lupa semua salinan dokumen yang perlu, salinan IC pemohon mesti ada cop pengesahan JPN. Borang dihantar ke Pajabat JHEAINS daerah di mana akad nikah akan berlangsung ok. Kalau pasangan dari daerah berbeza, pasangan kena ke Pejabat JHEAINS daerah dia tinggal dan isi "borang kebenaran bernikah luar daerah". 

Kedua-dua borang kena hantar sekali di Pejabat JHEAINS daerah yang akan berlangsung akad nikah. Lepas tu tunggu borang kebenaran di proses oleh pegawai bertugas. Bayaran borang permohonan tu RM5.

Dapat saja borang tu, akan disertakan nama Jurunikah yang akan bertanggungjawab semasa akad nikah nanti. Bolehlah hubungi beliau untuk serahkan borang berkenaan dan maklumkan tarikh pernikahan beserta tempat berlangsung.

Bayaran Jurunikah untuk Negeri Sabah RM 60 + RM 50 (Proses sijil nikah), saksi akad nikah RM 20 (x 2 orang). Semuanya RM150.

Fuh! Selesai part borang dan benda wajib selesai dulu. Seterusnya untuk majlis yang buat di rumah.

1. Baju Nikah
Banyak dugaan berkaitan baju nikah ni, haha. Pertama sekali, aku beli dress nikah harga RM200 (mahal gila!). Beli online, gambar lawa, sebab lighting mungkin baju tu nampak putih sangat macam warna yang aku nak. So, belilah dan melayanglah RM200 itu.

Sesampainya baju ditangan, kecewa 100%. Kain chiffon murah, kasar, tak flowy, totally tak berkenan. 2 3 hari juga kecewa, berfikir macam mana nak buat dengan baju ni. Dahlah cost sampai RM200. 

Akhirnya, contact seller tu balik kalau boleh tukar warna lain dan baju tu nak buat baju raya saja. Tak jadi untuk nikah, sebab nak refund agak mustahil. Alhamdulillah, seller baik hati dan boleh tukar warna. 

Fikir punya fikir, akhirnya beli kain kat BTC. Masa tu ada promosi raya. Dapatlah kain Satin Moss Crepe RM14/meter, beli 4 meter nak buat Jubah. Beli juga kain lace putih Harga RM15/meter, beli 2 meter setengah sebab asalnya nak letak lace area depan saja.

Hantar kat tukang jahit dalam kampung ja, minta jahit jubah biasa dan jahit sekali lace tu. Upah RM45. Hmm.. Disebabkan tukang jahit ni pertama kali jahit jubah untuk nikah, dia terjumpa lace yang lawa dan berkenan di hati beliau. 

Dia call bagitahu bla..bla.. lace lawa.. bla..bla.. ada beads juga, sebab lace aku beli tiada beads, memang plan nak jahit beads sendiri. Sebab 2x dia call, jadi aku pun setuju. Harga lace RM100. Hm.. Total kena bayar untuk baju RM145. Jumlah keseluruhan baju RM238.50 (tak masuk RM200 yang baju tak jadi pakai tu).

Baju lelaki, kalau beli ready-made lagi murah. Beli kat BTC, Kain mewah @ Jakel boleh dapat harga bawah RM100. Kami beli kat BTC, harga ada promosi dapatlah RM79 sepasang. Dia ambil size S, hm.. Dah si pemakai kata ok, kita pun oklah. Sehari sebelum nikah, dia try lagi sekali, nak try look sekali sampin dan songkok. Hm.. Tak muat pula bila butang kat leher, tercekik pula. Aduhai. 

Apa lagi, keluar lagi cost beli baju baru untuk si dia. Pergi pula dengan mak dia, kedai mahal. Dapatlah harga RM110. Sampin pinjam abang ipar dia, pakar pakai sampin jadi banyak koleksi. Tapi, kalau beli baru ada harga bawah RM80 yang cantik-cantik. Songkok pula, bapa aku yang bagi sebab banyak kerajaan bagi, ada yang tak sempat pakai lagi. So, sampin dan songkok dapat free. Butang baju melayu ada sekali masa beli baju. Jumlahnya RM189.

Untuk tudung aku, aku buat sendiri. Beli kain kat jakel colour soft pink, sebab nak pakai bawal. Kain chiffon crepe bidang 60, RM15/meter dan aku beli 1 meter setengan = RM22.50. Hantar kat kedai jahit biasa kat pekan-pekan minta potong ikut tudung bidang 50 dan jahit tepi. Siap! Harga jahit tudung RM10. Jumlah RM32.50.

Veil pula, pinjam BFF. haha, so free lagi. 

2. Makanan
Bajet aku letak RM500 untuk tetamu 100 orang, memang target orang tak ramai sebab buat hari jumaat jam 10 pagi, waktu bekerja pula tu. Menu simple saja :

Nasi putih (15kg)
Ayam masak kari (30kg)
Telur masin (3 tray)
Ikan goreng
Sambal kicap
Sayur umbut kelapa (Tebang pokok kelapa sebelah rumah, haha)
Acar timun (Sponsor)
Kelupis (Beras pulut - 7kg) Makanan tradisi Brunai. Sponsor dari banyak pihak sebab musim raya dari KK - Papar habis stok. So, kawan aku bawa dari Tawau dan sedekah dari makcik-makcik.

Semua menu masak sendiri, Alhamdulillah untuk makanan ni bajet tak lebih dari RM1000 pun, anggaran termasuk duit tanpa sedar keluar dalam RM800 juga. Kuih muih, semua stok-stok masa hari raya. Termasuklah kerepek-kerepek yang tak dihidang masa raya. haha. 

3. Cincin
Aku letak bajet untuk cincin RM700. Jangan lebih, kurang tak pa. Ukur baju dibadan sendiri. Semua emas adalah sama nilainya, yang beza adalah upah emas, upah emas pula setiap kedai akan letak based on berapa untung dorang nak. 

So, pergi saja kedai-kedai emas yang biasa dan pilih design yang korang berkenan, tanya harga. Yang penting pandai pilih design. Harga emas tu ikut berapa berat emas, kalau jari kecik, ringanlah cincin tu. 

Aku memang target, cincin ak mesti ada pertama. Haha. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Dapat harga tepat RM500 sebab ada diskaun ditambah pula seller tu baik, dia tak kira ringgit lain, terus genapkan. 

Masa tu beli sekali cincin lelaki, lelaki tak boleh pakai emas, emas putih, emas suasa, semua tak boleh. So, beli cincin silver yang ada batu hitam. Tak sangka taste dengan si dia sama pula, harga RM80. Jadi, untuk cincin jumlah semua RM580 sahaja. Yeayyy! Jimat banyak.

4. Make up
Aku tahu banyak kes pelanggan minta murah tapi nak hasil meletuppp! Hmm, Aku buta pasal make up ni, tapi aku letak bajet untuk make up RM200. Servay punya servay, MUA pertama aku tanya tu bekas MUA nikah kawan aku. Tahun lepas harga RM200 untuk nikah. So, aku tanya lagi. Hm, harga RM1500 untuk nikah + sanding. Hm, menangis dalam hati. Beralih cari MUA lain. Cari kat instagram. Alhamdulillah, dapat harga RM200 dan available. Tak harap lebih untuk make up, sebab letak harga murah, so prepared la apa saja kejadian pada muka nanti. haha. Pasrah.

5. Pelamin
Hm, sama macam tunang sebelum ni. Nenek aku willing to do. So, aku ikutkan saja. Asalnya, aku nak buat sendiri sebab aku dah imagine. Tapi, masa tak cukup.. Aku serah 100% dengan nenek aku. Aku cuma beli carpet pelamin tu, carpet bulu-bulu tu. Harga RM33/Meter, aku beli 2 Meter di kedai Wah Yoon segama KK. 

Kain-kain untuk pelamin semua dari Makcik aku, dia beli 2 gulung masa sepupu aku kahwin tahun lepas. Warna pink guna untuk alas meja, warna putih untuk pelamin. Bunga-bunga nenek aku lah yang beli. 

Kalau nak pelamin lawa, bolehlah hire orang dalam bajet RM500. Kalau free ni, jangan harap tinggi sangat. Asal ada, ok la. Dan, bantal nikah aku sewa sepasang RM70. Boleh sewa kat mana-mana bridal. Aku sewa dengan orang sekampung, butik dia di rumah ja. Tapi sebab tak kenal sangat, dapat harga macam tu lah. haha.

6. Jurugambar
Pengajaran masa tunang hari tu, tiada gambar yang proper. Family yang berjiwa jurugambar pun tiada. Alhamdulillah untuk majlis kali ini, Abang aku ada, dan kawan baik aku Miya pun ada. Dia memang jurugambar aku dari zaman kampus lagi. hihi.

Tapi, aku tetap hire jurugambar (Indah Studio) termurah setakat ini di Kota Kinabalu, sebab dorang akan fokus untuk gambar kita sahaja. Kalau family, fokus lari-lari ye dak ? Jangan risau kalau hire jurugambar, dorang takkan minta full payment. Rezeki juga masa aku hire dorang ni, tengah Promo RM999 untuk 2 Majlis. Deposit RM300 untuk booking. Lepas majlis Nikah bayar lagi RM350. So ada baki lagi RM349 yang akan dibayar selepas majlis resepsi. 

Gambar yang aku akan share dalam post ni, semua gambar dari hasil Abang aku & Miya kawan baik aku. Dari jurugambar tiada lagi, akan dapat lepas majlis nanti. 

Itu sajalah setakat ini, tak tahu da nak share apa. Kalau ada, nanti I edit untuk panduan u alls ok...

tata.. xoxo




Inilah hasil tangkapan dari Abang aku guna DSLR. Yang edit jadi macam ni, aku sendirilah guna Photoshop je.



Yang ini hasil tangkapan kawan baik saya Miya. Guna Iphone 6 dia yang baru beli. haha


Yang ni, Abang aku & Miya juga yang ambil. Penting ada kawan @ family yang berjiwa jurugambar, dorang yang paksa aku ambil gambar macam ni. Dibawah terik mentari. Lokasi : Depan rumah. haha


Close up hasil make up. Thank you kak Ita, suka sangat! Make up manis-manis saja.
Instagram : @Titamakeover
MUA Kota Kinabalu - Papar


Carpet putih tu lah yang aku maksudkan. Carpet pelamin. Cari kat kedai kain. Kalau KK kat Wah Yoon Segama


Sudah jam 9 malam, Make up belum remove lagi, kebetulanjuga tak boleh solat. Ini Kawan 1 kelas masa di Kampus merangkap kawan sebilik.


Miya. My forever favorite human.


Daya. Yes, my veil is belong to her. Mommy to be. I'll very appreciated for her time to come and be here on my special day. Jauh tu datang dari Sandakan, Landing kapal jam 8.30 pagi dan sampai rumah tepat-tepat majlis nikah nak mula. Alhamdulillah!


Also my favorite human. Sanggup ambil cuti untuk datang. Thank you!


Atiqah. Adik usrah. Thank you for your time sweetie! I'm pray for your turn soon.


Kak Iffatun. Sahabat se-usrah. Sanggup datang walau beberapa kali sesat. Terharu sangat!


Beli kat kedai La'Vince Karamunsing KK.

OK lah. Tu je nak share.

Terima kasih Allah. Terima kasih Mama Bapa. Saudara mara. Sahabat baik. Terima kasih semua!

1 comment:

Hana said...

Hi brpa lama sebelum kamu hantar borang permohonan kahwin d jheains ?