Pages

Trip To Langkawi, Kedah

23.11.2016

Assalamualaikum wbt.


Trip kali ini adalah untuk meraihkan dua orang yang bakal tamatkan zaman bujang. Walaupun sebenarnya tarikh kahwin belum ada lagi. haha.


Sebenarnya rindu mahu kumpul macam zaman belajar dulu. Hari-hari ada cerita, hari-hari ketawa sama, masa bulan Mac yang lepas kami sudah gathering masa Wedding Liyana & Razlie. Tapi rindu punya pasal, maka terbelilah tiket ke Langkawi. 



Memandangkan semua dari Daerah yang berbeza, So starting point kami bermula di KLIA2. Harga tiket ke Langkawi memang meruntun hati. Total dari BKI - KL - LGKW - KL - BKI = RM 320 T_T (Nangis bucu katil). Murah lagi tiket ke Bali & Jakarta. huhu.



Hotel : Geopark Inn Hotel, Pekan Kuah

Kerja-kerja book hotel semua ni memang aku akan ambil bahagian. Lokasi hotel sangat strategik dengan tempat makan. haha. Harga pun berbaloi, kami ambil bilik untuk 3 orang tapi yang stay 4 orang. Bolehlah...

Kereta Sewa : 

Mana nak buat review kereta sewa ni? huwaaa! Kami sewa kereta Viva Auto, RM60/day + deposit kunci RM 50. Kami sewa 2 hari = 48 Jam. Kondisi kereta, kotor sangat T_T. Aku pun bisnes kereta sewa, tak sampai hati nak bagi orang sewa dalam keadaan kotor macam tu. Lepas tu lampu enjin dia hidup which is kondisi enjin dalam keadaan tak elok. Minyak kereta pun berkelip-kelip, syukurlah sempat sampai stesen minyak. 

Nasiblah masa guna tu tak jadi apa-apa. Tapi kotor kereta tu tak boleh terima T_T



Day 1 : BKI - KL - LGKW

Landed di Langkawi dalam jam 10 malam. Guna teksi Airport untuk ke Hotel RM 30 , check in Hotel dan cari tempat makan. Mujur ada gerai dekat. Makcik gerai pun peramah, siap briefing lagi tempat mana wajib pergi.



Duduk seorang diri


3/4 Landed di KLIA2 and waiting for Miya

Day 2 : Nasi Campur Kak Yan - Idaman Suri - Dataran Lang
Trip kali ini sepenuhnya guna Waze. Guna waze ni, semua jalan kampung dia bawa, takpalah janji sampai destinasi.

Inilah destinasi pertama kami, Kedai Makan Nasi campur Kak Yan yang terletak di Ulu Melaka, Langkawi. Ramai singgah sini, Tapi kalau bagi aku biasa saja kedai dia. Cuma ada sedia menu Kerabu Beronok (Gamat) dan kedai ni hampir dengan Makam Mahsuri. Sebab tu Femes kot. Harga pun biasa.




Lepas tuhh, ke Idaman Suri pula. Waze aje, insyaAllah jumpa. Apa yang menarik sini ? Semua yang dijual adalah menarik belaka dan murah-murah. Memang sesuai dengan nama Idaman Suri, Suri Rumah, Suri Hati Mr Pilot, Suri Hati Suami, Suri Hati Encik Tunang. Eh? haha..






Ini tempat wajib pergilah kan ? Dataran Lang, bukan ke Langkawi namanya kalau tak selfie sekeping dua disini. Apa yang menarik disini ? Tu haaaa, burung besar tu haaa, tiada di Sabah. haha


Dipinggir jalan membeli kuih muih


Menjelang malam, makan malam. Tempat makan, lupa pula nama. Tapi hidangan utama seafood. Jalan kaki dari hotel. Makanan kami siap dalam masa 1 jam. Mengamuk perut, tapi masa ini lah diambil untuk sharing moment. Memang tak terasa dah sejam tunggu, tapi balik-balik membebel lamanya makanan siap -_-


Day 3 : Cable Car - Pantai Chenang - HIG - Pizza Hut
Sebenarnya ke Langkawi sebab nak naik benda alah ni lah! haha. Harga RM 30 basic package. 


Laparlah tuuu



Kan dah cakap, lapar..



Yes... Ready!


Dalam cable car & muka puas hati. Dalam cable car ada 6 orang, kami 4 orang + 2 orang pelancong asing.



Ala-alaaa hanimun gittew. We ols le yang bakal tamatkan zaman bujang (takda tarikh lagi). :p





Kadang mata ini iri pada hati, kau ada dihatiku namun tak nampak di mata ku. chiaa.. chiaa.. chiaa


Ini baru di stesen 1. Ada lagi naik sekali cable car. Tak tahulah apa nama. huhu


Bila kau dah sampai ke stesen terakhir dan nak ke Sky Bridge ada dua pilihan, naik skyglinder RM 15 @ Jalan kaki RM 5. Nature walk lah sangat. Turun pun penat gila, apa lagi naik T_T (Nangis tepi tangga)


Candidlah tu...
 Angin bukan sepoi-sepoi bahasa okehh! Angin kuat, tempat tinggi kot, terbang segala tudung -_-


Ini adalah rehat sebentar sementara tunggu kabus hilang dan ingin mendapatkan gambar yang bombastik -_-


Atas tu lah stesen dia, tinggi tu lah kau kena naik nanti kalau dah habis ambik gambar sini. 



Inilah view yang dinantikan.




Gambar last yang tak jadi last. 


Pantai Chenang






Kebab. I miss your taste T_T

Niat hati ingin sekali bersiar-siar di Pantai. Aduhai sayang, hujan membasah bumi. Jalanlah kami dipinggir-pinggir dan cari kedai untuk makan tengah hari. So, Makanlah di Kedai Telaga Arabic Restoran. Sedap & pinggan licin sebab lapar sangat. Harga boleh tahanlah. Standard price and nice place.


HIG





























Rupanya HIG tu Haji Ismail Group. Dekat sangat dengan Hotel, kalau Waze pun boleh jumpa. Jual pelbagai jenis coklat dan macam-macam lagi. Ada barang yang Idaman Suri lagi murah. Pandai-pandailah cari. 



Menjelang makan malam, kami take away Pizza Hut yang tengah Promo tu dan makan tepi pantai. haha

Day 4 : LGKW - KL - BKI
Baliklah kita ke alam realiti dan teruskan kehidupan. Tatatatata....




Bye........ Langkawi... Next Penang!


xoxo : Ey!



Majlis Pertunangan & Bajet

18.11.2016

Assalamualaikum.

Lama sangat post kisah tunang ni kat draft. Sibuknya lahaiii kalah menteri kabinet. 

Majlis aku dah lama selesai, alhamdulillah. Saja share kat blog untuk dikenang-kenangkan masa tua nanti. huhu. Tambahan pula, berbesar hati nak share cara bajet untuk majlis yang ringkas dan mudah.

OK, Lets start.

Tarikh :
Kata kunci untuk tarikh ialah perbincangan kedua belah pihak. Yang pastinya, buatlah masa hari cuti Sabtu atau Ahad. So, majlis pertunangan aku dipilih hari ahad. Sebab? Bagi peluang keluarga yang jauh datang pada sabtu pagi dan mula rewang pada sebelah petang.

Masa :
Sebelum Zohor pihak rombongan datang. Sangat punctual OK. Tips, masa yang sesuai untuk datang merisik adalah sekitar Jam 10 Pagi - 2 Petang. Lebih dari itu, kasihan pihak menanti rombongan yang lama benar tak kunjung tiba, makanan pun cepat habis sebab lama sangat tunggu. Lagi satu, nanti pihak keluarga bosan nak tunggu. 

Tempat :
Kalau ikut artis-artis ada yang siap buat kat dewan. Tapi kita yang artis kampung-kampung ni buat sajalah kat rumah. Masa majlis aku, kami buat kat rumah nenek, sebab rumah kami tak sesuai untuk orang yang ramai.

Jumlah Hadirin :
Penting. Ia penting untuk kita bajet makanan. Sama ada buat Catering atau masak sendiri, jumlah ini sangat penting. Masa majlis aku, target 100 orang termasuk keluarga aku dan pihak rombongan.

Tema :
Amboi, bertema pula. Tema pertunangan basically pilih tema warna untuk yang nak bertunang. Warna mini pelamin, warna baju dan warna hantaran. So, aku pilih warna ungu. Pilihlah warna kesukaan anda untuk elakkan penyesalan. HAHA. Warna kegemaran takkan kecewakan anda. Trust me.

Dulang Hantaran :
Majlis aku, yang menentukan jumlah dulang diserahkan kepada aku dan dia. So, nak jimat punya pasal aku decide 3 dulang balas 5 dulang. Dari pihak lelaki 3 dulang, dari pihak aku pula 5 dulang. Selalunya memang orang akan bagi ikut jumlah ganjil, 3-5, 5-7, 7-9, 9-11 haaaa dan pandai-pandailah. Ada juga yang pihak lelaki cuma bawa 1 dulang untuk cincin sahaja. Mana-mana pun boleh, berbincang dengan keluarga OK. 


Hantaran & Bajet :
Tema dulang hantaran Purple + Gold.

BROWNIES

Harga Brownies : RM 45 (Size 10x10)
Window Box : RM 3.50 (Size 12)



 BUAH

Harga Buah : RM 20
(3 jenis buah beli di Pasar)



AL-QURAN & SEJADAH

Harga Al-Quran : RM 73
Sejadah : Sponsor
(AlQuran Pelangi, Tajwid, Tafsir & Asbabun Nuzul)
Tempat beli : Surat Chenta



MINYAK WANGI

Harga Minyak Wangi : RM 59
(Dashing & Romano Beli Di Watsons je, haha)


COKLAT

Harga Coklat Vochelle : RM 18
(Cari di Supermarket)
Coklat Hersyes : Sponsor dari Labuan

Dulang : Pinjam (Free)
Bunga : RM 30 (Beli di Kaison)
Reben : RM 20 (Beli Kedai Renda di Putatan)

Total Bajet untuk Barang hantaran : RM 268.50


Baju :
Hampir sebulan cari baju yang sesuai dan murah dan tidak melebih-lebih corak. Sengaja cabar diri untuk cari baju bajet bawah RM 100. Tinggal seminggu sebelum majlis, baju masih tak jumpa, siap mengadu dengan si Dia, hampeh pula dia suruh pakai baju raya yang lepas. Ciss.

Berkat sahabat solehah, ada 2 orang suruh ke Tamma Wisma Muis untuk cari. Alhamdulillah jumpa baju kurung harga RM 99. Nangis dalam hati, masih dalam bajet. hehe.



Mini Pelamin :
Yang ni tiada dalam list aku, tapi sebab nenek aku suka sangat gubah sana sini dan dia seronok sangat sebab aku cucu pertama yang ada majlis tunang, Sebelum aku, semua terus nikah. So, mini pelamin aku tak kacau langsung. Fully sponsor, dan rupa macam mana pun aku tak ambil kisah. Tak keluar duitkan ? So, diam. haha. 




So, inilah pelamin aku masa majlis haritu. Bunga-bunga dan bantal tu semua beli di Kaison. Kerusi memang ada di rumah. DIY semua ni, Sehari semalam cari idea dengan bahan yang sedia ada. hehe. Kalau nak lebih, tempahlah pelamin, sedia bajet RM 350 paling murah.


Make-Up :
Sebelum majlis, ramai tanya siapa akan make-up aku. I have no idea sebab niat memang akan make-up sendii walaupun tak pandai. Main tepek jak apa ada. So, jimat kat situ kan ? Kalau nak lebih cantik, sedialah bajet RM 100-200 untuk make-up sahaja. Kalau aku, kurang keyakinan sikit pakai make-up sebab bukan kebiasaan dan rasa lain. Haha. Ditambah pula selalu dia pesan, jangan pakai make-up. Eleh, poyo betul. Kalau aku lawa sikit, pandai pula dia sengih-sengih. haha


Makanan :
Bajet untuk makanan yang keluar dari poket aku sendiri RM 600 untuk 100 orang makan. Masak sendiri, Ayam 17kg, Daging 7kg, Sayur campur, bahan rempah, beras 10kg, Beras pulut untuk kelupis 7kg.

Ayam masak kari. Rendang Daging, Sayur campur, Kelupis. Tart telur 100 biji sponsor, Kek coklat aku buat sendiri, Kek pisang beli, dan Rempeye 2 tin besar.

Alhamdulillah, tiada pembaziran makanan. Cukup untuk semua, siap boleh ditapau lagi. hehe. 

Rewang buat Kelupis. Makanan tradisi Brunai.

Sekitar Majlis :
Last sekali, sekitar majlis berjalan. Alhamdulillah, cuaca yang baik. Keluarga yang banyak membantu. Terima kasih atas bantuanMu ya Rabb.





Mak Kandung dia - Sarung cincin

Mak tiri dia - Sarung gelang



Turn aku pula makan bila pihak rombongan dah balik.


Alhamdulillah, selesai dengan izin & Nusrah Allah. 

Ada orang kata "alah, tunang jak pun". "Alah, baru tunang"

OK Gais, memang tunang jak pun. Memang baru tunang. Tapi, let me tell you something. 

Bukan senang, bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Untuk hati betul-betul terbuka menerima seseorang yang akan menjadi sebahagian dalam hidup kita. Its a hard decision for me. Sebab bertunang ini sudah melibatkan keluarga kedua-dua pihak. Apa-apa jadi, ia akan melibatkan keluarga. Its a serious part. Dan bukan mudah ada lelaki yang sanggup berkomitmen sekarang ini, Kan ?

So, doakan yang terbaik. Doakan. Doakan kami hingga ijab qabul dan hingga syurga. Ameen.

Thank you. Wasalam...

Pssssttt... 

Tengah cari Door gift / souvenir ke tuuu untuk majlis Sis sis sekalian ? Ni haa akak share door gift yang comel-comel, unik dan harga berpatutan untuk majlis korang. 



Terus ke link ni tauuu ;)




Atau hubungi Sales person dorang k 

016-639 6480 | 018-216 0646
013-304 3759 | 014-367 2788 | 017-230 0363