Pages

Homestay & Sewa Kereta Kuching Sarawak

30.11.2014

Assalamualaikum wbt. 

Saja tolong promosi, kalau-kalau ada yang merancang mahu bercuti ke Kuching Sarawak bersama keluarga kan, kalau tidak pun ada yang bawa keluarga ke Majlis Konvokesyen atau sebagainya.

Mahu tolong orang, kalau ada yang spesis macam saya semua cari di Google. Hihi.


double-storey


Homestay : RM 160/day

Keistimewaan & kelengkapan :

  • Ada 4 Bilik tidur (3 Aircond, 1 Kipas)
  • 3 Tandas (1 Dalam master room)
  • Wet & Dry Kitchen
  • Washing machine
  • TV & Sofa
  • Meja makan
  • Peti Ais
  • Kelengkapan memasak di dapur
  • 20-30 minit dari Airport
  • 10-15 minit ke Bandar Kuching
  • 5 minit ke Pasaraya Kubah, kedai runcit & Kubah Ria
  • Mengutamakan Muslims
  • Tidak boleh merokok dalam rumah
  • Kelengkapan solat disediakan
  • Iron & Iron Board
  • Selimut & bantal
Homestay terletak di Taman Herritage dekat dengan Gita, Bulatan besar Matang Jaya & Satok.

Homestay yang sangat sesuai bagi yang datang ke Kuching Sarawak bersama keluarga, sebab kalau kita sewa hotel mungkin bilik berasingan dan tanggung kos lain pula, ruang tak berapa luas dan paling penting kurang komunikasi sesama keluarga kan ? Sebab apa, bagi saya sendiri fungsi utama dan tujuan utama bercuti bersama keluarga ialah "Mengeratkan silaturrahim & luang masa bersama" bagi menggantikan masa sibuk bekerja kita. Kan ?

So, ini sangat sesuai. Condition rumah sangat tiptop dan 5 bintang!

Pemilik yang sama juga, ada sediakan Sewa kereta. Oleh sebab masa ke sini datang bersama keluarga dalam 9 orang, saya sewa Produa Exora.

Sewa kereta Exora : RM150/Day
Sewa kereta Myvi : RM110/Day

Murahkan ? Don't ask me why. Haha. Tapi ekceli harga dia RM180/Day, dia bagi murah sebab saya sewa lama. Alhamdulillah. 

Ok, berminat ? Boleh contact beliau. 

HANNA : 012 895 2003

Dia tak berapa layan call, SMS atau Whatsapp insyaAllah. Tapi kalau tak sabar, call terus cuba nasib. hihi.

Ok, itu saja. Sekian.

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM

23.04.2014

Assalamualaikum wbt. HAI !

Berlaku keterujaan di sini, 1st TIME JOIN SEGMENT GIVEAWAY by Bloggers. BTW, dapat tahu segment 1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM ne dari Blog kak FIZA ( selalu buka blog dia sebab tompang tengok BKATC, hihi ) .


Sekali-sekala meriahkan blog sendiri dengan join segment-segment ne, hihi. Sambil-sambil tambah kenalan kannnn...

Giveaway ne tamat 1st May 2014. Dah macam berjanji pulak, 1st Giveaway Segment, 1st Time join & 1st May tarikh tamat. hehe ;)

Yang lain jom join sama, hadiah boleh tahan menarik. insyaAllah.

Resepi Pavlova

06.03.2014

Salam Alaik. ok apa khabar rakyat jelata ? Alhamdulillah, rasanya ini peluang keemasan dan keberlianan untuk buat post sebanyak mungkin. Post resepi-resepi yang pernah di janjikan, berjanji sudah, buatnya belum, takut dituntut di akhirat pulak. uhuk3

ok. Resepi Pavlova. Sangatlah berlambak resepi ne, semua orang share sebab senang sungguh! Saya share resepi ikut pertimbangan saya sendiri -_-

Bahan-Bahan :


  1. 4 Biji Telur ( Putih Sahaja )
  2. 2 Sudu Besar Gula Castor
  3. 1 Sudu Besar Tepung Jagung
  4. 1 Sudu Kecil cuka makan
  5. 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
  6. Whipping cream
  7. Buah-buahan untuk hiasan (Strawberry, kiwi, anggur, peach and so on ikut tekak memasing la kan ? )

Cara-cara :

  1. Guna handmixer, pukulkan 4 biji putih telur hingga kembang ikut keyakinan memasing.
  2. Masukkan 2 sudu besar gula castor, pukul hingga kembang lagi.
  3. Masukkan 1 sudu besar tepung jagung, cuka makan dan esen vanilla. Pukul hingga kembang dan sehingga bowl korang tu bila diterbalikkan, adunan tadi tak jatuh. ok?
  4. Dah ? Adunan tadi simpan dalam loyang. Jangan lupa letakkan Baking Paper. 
  5. Bakar selama 30 minit sharp!
  6. Asingkan, next ialah whipping cream. hiasan atasnya tu ~
  7. Saya guna Whipping cream Gold Label. Tuangkan whipping cream ke dalam bowl, minima 20 % dari bowl korang.
  8. Guna handmixer, pukul hingga kembang, sehingga korang yakin dah jadi macam cream. Atau paling mudah, bila bowl diterbalikkan, cream tidak jatuh -_-
  9. Hiaslah ikut kretiviti korang, whipping cream letak atas adunan yang siap dibakar tadi, dan buah-buahan :)
  10. Alahai, mudah sangat ne insyaAllah.


tadaaaaa ~ ini kejadian yang saya buat masa ulang tahun kelahiran Bapa. Strawberry dan kiwi tiada, so tukar rupa sikit. Not Bad, orang makan tanpa tinggalkan jejak. Alhamdulillah :)

1st time makan masa tengah study dulu, orang jual RM15, fuh! memang untung besar dia.

bytheway, Selamat mencuba , cuba jangan tak cuba. :D