Pages

Tips Sebelum Berniqab (Yang Anda Perlu Tahu!)

23.08.2013

Assalamualaikum wbt.




Semakin hari, Purdah/Niqab sudah tidak asing lagi bagi masyarakat. Malah ada suatu ketika ia menjadi fenomena pula. Bahana media sosial lah yang menarik para Niqabis yang pada asalnya memakai Niqab kerana malu kini menjadi berani pula.


Sungguh berjaya budaya barat, tanpa segan gambar Niqabis sudah dijajah ke sana sini. Salah siapa itu kena "tepuk dada tanya iman" . 

Saya sertakan link Purdah/Niqab untuk pertambahan ilmu kita bersama, entry-nya cukup panjang oleh itu bersabarlah. 

Purdah / Niqab <- kLik Sini


5 Steps before be A Niqabis

#1 For Newbie :
Satu perkara yg anda perlu tahu @ wajib tahu ialah, Sejarah dan Hukum berkaitan Purdah/Niqab ini sendiri. 

#2 For Newbie :
Setting Niat mestilah dgn ilmu yg kamu ada, selamanya niat kerana Allah dan redhaNya. 

#3 For Newbie :
Atleast sudah ada persediaan yg serius, iaitu kamu sudah memiliki atleast sehelai Purdah/Niqab.

#4 For Newbie :
Parents - ok, i know tidak semua parents atau family background islamic sebab iman itu memang tidak dapat diwarisi atau dikongsi. Dahulukan yg wajib, sebab itu saya letakkan ilmu berkaitan adalah pertama. Kerana mentaati ibubapa adalah wajib manakala Purdah/Niqab ini adalah Sunnah dan hukumnya harus (depends on your situation) . Got it ? Kalau memang nak pakai sgt, perasaan yg tidak boleh di bendung, doa banyak-banyak agar Allah lembutkan hati mereka. Ameen.

Selain doa, usaha. Usaha macam mana ? Usaha tunjukkan akhlak yang baik biar seiring dengan imej yang ingin dibawa. Kalau di rumah pun akhlak Hampeh atau bahasa senangnya tunggang langgang, tak tolong Mak di rumah, jerit-jerit adik, melingkar dengan facebook saja, Ibu Bapa mana tidak risau ? Oleh itu, berbahasalah dengan baik. Terutama dengan saudara mara, mereka mungkin sedikit hairan mungkin juga terkejut. Peranan kitalah menerangkan dengan mereka jika mereka bertanya. Kalau tak tanya pun, berakhlaklah seperti biasa dan jangan buat mereka pula rasa tidak selesa dengan kita. Ok faham ?

#5 For Newbie :
Kekuatan dan Kesabaran, sangat perlu. Akan datang banyak dugaannya, bagi yg newbie mestikan akan merasa sedikit panas dari bertudung labuh saja, dan sukar bernafas kalau pakai purdah yg agak tebal. Sabarlah dgn jalan yg anda pilih. 

Boleh minta tolong siapa-siapa yg pandai menjahit, untuk buatkan anda purdah dari kain Chiffon berwarna gelap. Mudah untuk bernafas. insyaAllah.

Mungkin ada masa anda akan makan di tempat awam, pada mulanya memang risau. Bertubi-tubi tanda soal dtg ke kepala.

Tips cara makan Niqabis di Luar -

1. Pemilihan Purdah sebelum keluar, rancang dulu sama ada perjalanan kita nanti ada singgah makan atau tidak. Kalau ada, pilih purdah yg hanya ikat di luar tudung.

2. Pilih tempat yg agak tertutup atau terpencil, kalau tiada pilihan its not a big problem.

3. Elak pilih makanan yg berkuah, please! Nanti, anda sendiri akan susah.

4. Ketika makan, selak purdah dari tepi guna tangan kiri dan makan guna tangan kanan. Jangan sesekali selak dari bawah. OK ? senang kan.

5. Bagi yg terlanjur pakai purdah yg bergetah, dan tali purdah berada dalam tudung. Gunakan kaedah yg sama macam di atas. Cuma, kalau dapat tempat yg terpencil turunkan saja purdah dan tutup muka dgn sapu tangan atau tisu ketika mengunyah makanan.

6. Kalau makan secara iftar yg ada muslimin, pilih tempat duduk yg tidak perlu anda untuk menghadap muslimin, so boleh buka purdah dgn senang hati.


#6 For Newbie :
Jangan rasa terbeban, mula-mula memang rasa payah. Tapi yakinlah, pasti bahagia :)


Pakaian itu membentuk akhlak kita.

Bagi Niqabis luar sana, be strong! Dan ingatlah :


Berpurdah/Niqab bukan untuk menutup kekurangan tapi ia adalah untuk menambah keimanan.


Buka Purdah/Niqab.

OK, sini Hakak nak pesan dan sedikit Info. Ada keadaan yang akan membuat kita harus buka Purdah, jangan gelabah atau nanti melatah tak tentu pasal. Sebab tu Kak pesan, biar ada ilmu, sikit pun jadilah.

#1 . Naik Kapal - Sesiapa saja yang akan naik kapal akan melalui Imegresen. So, sewaktu pemeriksaan keselamatan selalunya mereka nak tengok muka. Buka saja depan Polis wanita, pastikanlah kita pakai purdah yang bergetah jadi senang turunkan dengan pantas dan tutup dalam masa sesaat! hihiii...
Sewaktu pemeriksaan IC / Passport pun, mereka minta kita buka. Pilihlah petugas wanita untuk memudahkan urusan.

#2 . Sekolah - Yang ini bagi adik-adik yang masih bersekolah, tidak berdosa pun kalau tak pakai di Sekolah, sebab kita terikat dengan peraturan. Janganlah sampai protes atau buat demo. Habis sekolah boleh pakaikan ? hehe..

#3 . Kampus - Sama juga dengan hal dengan bersekolah, cuma ada setengah University yang membenarkan dan ada yang tidak. Kalau yang tidak tu, ramai juga sahabat-sahabat yang yang langgar saja. Bagi Akak ini Attitude, kena tengok keadaan juga. Kalau ada kelonggaran syukurlah, maksudnya dalam kelas tak perlu pakai, tapi bila keluar kelas/dewan kuliah pakailah. Semoga dimudahkan.

Pesanan terakhir Hakak. Jangan ghairah sangat berpurdah sampai upload-upload gambar di facebook banyak sangat. Upload sikit-sikit dan jarang-jarang tuu OK lah kot. Jangan hari ne tukar, malam tukar esok lain pula. Nak upload banyak sangat tu kenapa ? huhu..

OK, semua ne atas pengalaman Hakak Nak ikut SILAkan, Xnak ? Tiada paksaan insyaAllah.

Sekian.

22 comments:

bidadarisyurgallah said...

rindu kamu. moga thabat sahabat!

Zulaikha said...

perkenalan mmg sentiasa membuah kerinduan. insyaAllah, moga kita thabat lillahitaala :)

Unknown said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya kat politeknik boleh pakai niqab ke ?? Saya betul2 nak tau ..

Zulaikha said...

Tak boleh. Di anggap satu kesalahan. hm

Unknown said...

MashaAllah,
Sngt membantu.
Saya baru berniqab semalam.
Hanya Allah saja yg tahu perasaan sy semasa sy memakainya, Allah, tetiba sayu hati saya.
Doakan saya teruskan kuat sis, mudah2an imam kita semua semakin bertambah. Amin.

Zulaikha said...

Alhamdulillah. Stay strong dear. Semoga Allah melindungi kamu. Allahumma ameen.

Unknown said...

Akak boleh bgi tau x akak buat ape sebelom akak berhijrah untuk berniqab?

Unknown said...

Alhmdulillah...sy pn baru berniqab Raya haji hr tu..semoga Kita semua mndapat rahmatNya

Unknown said...

Assalammualaikum kak. alhamdulillah your blog banyak membantu... banyak pengisian yang saya dapat. moga allah mengistiqomahkan hati saya...(saya dalam prosess berpurdah juga)

Zulaikha said...

@Najwa Othman

Solat istikharah & taubat. hari-hari refresh niat. insyaAllah.

Zulaikha said...

@Unknown

Alhamdulillah! semoga sentiasa dalam lindungan Allah. semoga terus perbaiki akhlak dan amal ibadah.

Zulaikha said...

@Unknown

Hadza min fadli rabbi. semoga Allah sentiasa melindungi kamu. teruskan menambah ilmu dan sama-sama kita perbaiki akhlak dan amal ibadah

Unknown said...

Syukur...sama la sy pn..mulai Raya hj Hari tu sy berniqab..ke surau utk menunaikan solat Hari Raya dengan penuh yakin... alhmdulillah..terima kasih Allah

Zulaikha said...

@Unknown

Alhamdulillah ;)

Unknown said...

Nak Tanye akak...kalau seorang tu baru sahaja Memeluk Islam terus dia nak pakai Purdah ..boleh ke?..dengan Niat nya untuk mengalihkan Pandangan dari lelaki,serta untuk Menghindari fitnah?..

Unknown said...

Saya baru 13 tahun tapi tertarik sangat nak pakai purdah ni tapi insyaallah dha besar sikit lagi pakai...terima kasih untuk info๐ŸŒธ

Unknown said...

Alhamdulillah..sgt membantu.. tarikh keramat 17/10/2020.. suami izin kan..

Ann lala said...

Ehhh kalau anda golongan tiktok ig buat content ke apa2 ada muka diri sendiri, syok sendiri
Masuk bakul angkat sendiri ( kata diri sendiri bidadari )
mmg sy kira dia bukan buat kerna syarat2 tu, sy kenal mentaliti mereka

Ann lala said...

Kalau kita rasa niqab ni perintah Allah
kenapa kita masih nk hidup media sosial
Seperti Tiktok Instagram, fb
buat content menimbulkan ftnah, org kecam
Tdk mengelak dari ajanabi, bagi maruah diri utk
Bergambr dengan seorang lelaki tanpa rasa malu,
Sdangkan diri tengah berubah perbaiki utk apa??
utk manusia ke atau Allah ??
Sedang mencari redha Allah tp
Dpt tomohan masyarakat sbb diri tu nk sokongan
Dari mereka, anda silap
Sokongan bukan dari media massa
Pergi lah belajar agama , dan cari org2 yg kamu perlu, bukan media massa
Manjoriti zaman sekarang
Nak kejar glamor, minat dlm popularilti,
Tapi nk pakai niqab spaya mereka tak dpt
Fitnah, xde kecaman, ramai org sayang
Tp sayang tak smua org suka
Ingat tu jer jika di public,
Bukan privacy,
daripada buat tu
Baik fokus kepada keluarga, anak2, suami
Jangan kata yg tk niqab, yg niqab pun akan lega
Jugk kita x thu,
Jadi buat kerja utk menyara diri, menyara
Keluarga
Sayangi lah keruarga anda

NurRamizah said...

Boleh ke kita pakai purdah untuk try?mean pakai tak consistent? Please jawab....

Zulaikha said...

Boleh. Kena bersedia juga kadang ada org x slesa.. so basically pkai purdah ni dgn niat yg betul atau sja2 atau apa2 niat skli pun diri sdri kena kental klu nanti org anggap dan pandang kita mcm2.. kita kena sedialah.

Unknown said...

Alhmdulillahh bnyk manfaat dapat saya bljar...syukur krna sy bru bljar berniqab...hri nie jgk msk 18 hri saya dh berniqab...bnyk lgi yg kna bljar...

Saya nak tnya...mcm bila sy bersama family husband..blh bukak niqab atau mcm mma??dari segi makan...sbb bila dia orang buat mkn...boeh ke bukak niqab...atau mkn selak niqab je..blh pencerahan..trma kash