Assalamualaikum wbt.
So, here we are in the second months of 2019. February.
Catatan kali ni, untuk simpanan peribadi yang tahun tahun akan datang kalau panjang umur nanti mahu baca balik. HEHE
Azam 2019.
Aku lalui hari-hari yang sukar beberapa tahun sebelum ini. Aku pernah cerita di Insta Story, tapi limit pula menaip panjang-panjang disitu, tulisan jadi kecil bila panjang sangat. So, taip sinilah sebab sini kurang pembaca. HAHA
Setelah melalui tahun-tahun yang aku rasa berat, tahun ni aku pilih untuk bebas dari pelbagai benda. Kenapa aku rasa berat? Sebab aku dengan tiba-tiba berubah jadi yang aku rasa, bukan diri aku. Hari-hari aku rasa penat, terdesak, hopeless, useless, worthless, lifeless.
Aku jadi lupa dengan tujuan dan impian aku. Aku rasa macam robot. Aku jadi orang yang tiada minat dengan apa-apa. Bila aku ada masa lapang, sebolehnya aku mahu berkurung ja. Tidur dan hanyut dengan dunia sendiri. Sebab aku sedar dan rasa tiada orang kisah pun dengan kewujudan aku.
Tahun ni, tahun bermakna untuk aku untuk bangkit dari semua yang buat aku terkurung. Aku tidak mahu peduli sikit pun pasal orang, lagi-lagi pasal apa orang akan cakap pasal aku. Aku mahu buat apa yang aku suka, aku mahu jadi lebih berani terhadap diri aku sendiri dan lebih menghargai diri aku sendiri yang selama ini aku abaikan.
Aku mahu lebih bahagia dengan cara aku sendiri tanpa fikir kebahagiaan orang lain yang buat aku jadi lemah dan selalu mempersoalkan takdir.
Aku boleh. Aku yakin aku boleh.
So, ini azam aku yang sudah aku senaraikan. Semoga ya Allah, aku hambaMu ini menepati azam-azam ini. HIHI
DIRI SENDIRI :
- Belajar ilmu bisnes
- Baca buku 1 kali / 1 bulan (Minima)
- Datang awal pada setiap temujanji
- Bercuti-cuti 5 hari (Dalam/Luar negara)
SPIRITUAL :
- Solat awal waktu
- Solat Dhuha 1x / 1 minggu (Minima)
- Sedekah / Infaq setiap bulan
- Khatam Quran
- Hafal 10 Ayat surah Al-kahfi
KEWANGAN :
- Simpanan Emas 1g / 1 bulan
- Tidak boros
- RM50/bulan akaun TH Aydeen Anaqi
KESIHATAN :
- Makan makanan sihat, amal suku suku separuh.
- Jogging atleast 1x / 1 minggu
Alhamdulillah. Selesai menaip Azam 2019. HEHE. Taip sudah, tinggal laksanakan saja lagi. Semoga aku mampu laksanakan dan perbaiki diri sendiri untuk diri sendiri.
Ameen. :)