Pages

I'm Welcoming You : 2019

01/02/2019



Assalamualaikum wbt.

So, here we are in the second months of 2019. February.

Catatan kali ni, untuk simpanan peribadi yang tahun tahun akan datang kalau panjang umur nanti mahu baca balik. HEHE

Azam 2019.

Aku lalui hari-hari yang sukar beberapa tahun sebelum ini. Aku pernah cerita di Insta Story, tapi limit pula menaip panjang-panjang disitu, tulisan jadi kecil bila panjang sangat. So, taip sinilah sebab sini kurang pembaca. HAHA

Setelah melalui tahun-tahun yang aku rasa berat, tahun ni aku pilih untuk bebas dari pelbagai benda. Kenapa aku rasa berat? Sebab aku dengan tiba-tiba berubah jadi yang aku rasa, bukan diri aku. Hari-hari aku rasa penat, terdesak, hopeless, useless, worthless, lifeless. 

Aku jadi lupa dengan tujuan dan impian aku. Aku rasa macam robot. Aku jadi orang yang tiada minat dengan apa-apa. Bila aku ada masa lapang, sebolehnya aku mahu berkurung ja. Tidur dan hanyut dengan dunia sendiri. Sebab aku sedar dan rasa tiada orang kisah pun dengan kewujudan aku. 

Tahun ni, tahun bermakna untuk aku untuk bangkit dari semua yang buat aku terkurung. Aku tidak mahu peduli sikit pun pasal orang, lagi-lagi pasal apa orang akan cakap pasal aku. Aku mahu buat apa yang aku suka, aku mahu jadi lebih berani terhadap diri aku sendiri dan lebih menghargai diri aku sendiri yang selama ini aku abaikan. 

Aku mahu lebih bahagia dengan cara aku sendiri tanpa fikir kebahagiaan orang lain yang buat aku jadi lemah dan selalu mempersoalkan takdir.

Aku boleh. Aku yakin aku boleh. 

So, ini azam aku yang sudah aku senaraikan. Semoga ya Allah, aku hambaMu ini menepati azam-azam ini. HIHI


DIRI SENDIRI :

  • Belajar ilmu bisnes
  • Baca buku 1 kali / 1 bulan (Minima)
  • Datang awal pada setiap temujanji
  • Bercuti-cuti 5 hari (Dalam/Luar negara)

SPIRITUAL :
  • Solat awal waktu
  • Solat Dhuha 1x / 1 minggu (Minima)
  • Sedekah / Infaq setiap bulan
  • Khatam Quran
  • Hafal 10 Ayat surah Al-kahfi

KEWANGAN :
  • Simpanan Emas 1g / 1 bulan
  • Tidak boros
  • RM50/bulan akaun TH Aydeen Anaqi

KESIHATAN :
  • Makan makanan sihat, amal suku suku separuh.
  • Jogging atleast 1x / 1 minggu

Alhamdulillah. Selesai menaip Azam 2019. HEHE. Taip sudah, tinggal laksanakan saja lagi. Semoga aku mampu laksanakan dan perbaiki diri sendiri untuk diri sendiri.

Ameen. :)

Trip To Bali

09.04.2018
(Kisah ini sudah terlalu basi, tapi manis untuk buat kenangan sendiri sebab sudah 2 tahun berlalu)

Assalamualaikum wbt.

Alkisah... Mahu share sikit-sikit cerita masa bercuti ke Bali. Kalau diikutkan wishlist tempat yang mahu dikunjungi, Bali di kedudukan paling bawah sekali. Sebabnya, ia hanya sebuah kepulauan yang menjanjikan view yang cantik sekaligus gambar kau yang kebaboom gitulah. 

Rezeki awal pagi masa bulan September 2015, sambil-sambil cari mood untuk mula kerja, kita jenjalan satt di website Airasia pujaan ramai. Rupanya ada promo kehh, sekali belek punya belek, jumpa harga tiket RM 165 return KK - Bali. Berdesup aku Whatsapp group yang ahlinya cuma aku, Dayah & Effy. Alhamdulillah, harga tersebut berjaya kami miliki.

Hmm, Beli bulan 9 dan kami Fly bulan 3. Ada 6 bulan untuk kumpul duit, apalagi aku.. Main HUI leeee. 


HOTEL
Bali memang terkenal dengan pusat perlancongan. So, hotel semua jenis ada disediakan. Tinggal kita sahaja pilih ikut selera masing-masing. 

Kami menginap di Kemuning Hotel Jalan Kuta : 

RP 1 Juta/RM 3++ : 4 Malam
Termasuk sarapan. Ada Wifi. Ada water heater. Bilik agak kecil tapi selesa dan bersih. Sebelah hotel ada Indo-Mart. 


SUPIR
Sekali lagi guna khidmat Supir,hmm.. Aku rasa next trip kena try drive sendirilah, baru adventure sikit. Iye dak ? Kami book Supir melalui dan supirnya nama Onie, muda lagi. Kereta Avanza. 

Harga : RP 1 Juta 600 Ribu = RM (4 Hari)
Kereta : Avanza


Day 1 ~ 29.03.2016 : BKI - Bali
Jam 6 petang dari BKI dan sampai ke Bali lebih kurang Jam 9 Malam. Onie pick up dari Airport terus ke Hotel & Tidur.


Day 2 ~ 30.03.2016 : 


Batik Original - Silver Yan Yan - Gunung Berapi Kintamani - Luwak Kopi - Tirta Temple - Bale Udang











Day 3 (31.03.2016) : 

Turtle Island - Warung Kg Pedas - Pantai Pandawa - Pantai Dreamland - Pura Uluwatu - Kecak Dance - Jimbaran Seafood























Day 4 (01.04.2016) :


Lovina - Air Terjun Git Git - Bedugul - Jatiluwih - Tanah Lot - Krishna -Ayam Tulang Lundu Malioboro






Day 5 (02.04.2016) : Last Day!

Agung Bali - Monumen Legian - Pantai Kuta - Airport
 update soon