Pages

Budak kecil, menasihati Imam Abu Hanifah

01.07.2013




Memang tidak dinafikan, kita memang agak sukar menerima nasihat lebih-lebih lagi jika nasihat itu diberikan oleh orang yang lebih muda daripada kita. Kita menjadi begitu kerana menganggap mereka sebagai orang yang kurang ‘makan garam’ berbanding kita. Namun sebenarnya kita perlu mempunyai sifat hati terbuka untuk menerima nasihat, seperti mana yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah. Apakah nasihat tersebut?


Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :
"Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti"
Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :

“Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Namaku Nu’man “
“Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.
al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
“Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”
Budak itu lalu menjawab :
“Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”
Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak keciltersebut.
Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini…
Terima Kasih atas baik sangka orang  kepada kita.

CARA BUAT KEK COKLAT KUKUS

14.06.2013

Hip! Hip! Assalamualaikum :)

Sekarang berada di bumi Kelantan yg mendamaikan, dengan itu ada aura rajin dan nak share cara buat kek coklat kukus dengan cara yang paling mudah simple dan senang!

Tak payah guna timbangan, kita guna sukatan gelas sahaja, ok ? Mari mulaaaa...

Bahan A :
1 gelas gula
1 gelas susu cair
1 gelas serbuk koko
1 gelas minyak masak
1 gelas susu pekat


Bahan B :
1/2 sudu baking powder (yg tin colour merah)
1/2 sudu soda bikarbonat (yg colour biru)
1 1/4 gelas tepung gandum

Bahan C :
3 biji telur

Cara buat -
1. Campurkan semua bahan A dan masak hingga sebati. Mesti gaul sentiasa supaya tidak hangus. Masak dalam 5 minit macam tuu :)

2. Dah ? Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B dan gaul hingga sebati semua.

3. 3 biji telur tadi, pukul hingga kembang kemudian masukkan ke dalam campuran bahan A + bahan B dan gaul semua hingga sebati-batinya :D

4. Pecahkan 3 biji telur dalam bekas yang lain. Kacau hingga telur nampak sedikit kembang. Masukkan telur ke dalam bahan yang sudah di campur tadi. Sebatikan.

5. Dah yakin sebati ? Ok, masukkanlah ke dalam loyang.

6. Sediakan tempat pengukus anda. Dan masukkan adunan kek tadi, pastikan penutup pengukus anda tadi dibalut guna kain atau apa-apa yang boleh menghalang air daripada menitik ke atas kek :) faham ?

7. Kukus dalam masa 1 jam. Dalam tempoh 1 jam tu, jangan buka-buka kek tu. Biarkan dah 1jam baru tengok. Dah yakin masak, tutup api !

8. Biarkan sejuk sikit, baru potong dan nikmatilah keenakannya :D

sekian!