Doa Ibu Dijawab Tuhan

05.10.2015

Assalamualaikum wbt.

Doa ibu tidak ada hijabnya.



Doa dan hajat ibu dijawab Allah.

Ketika kami 2 beradik masih dibangku IPT, sering kami dengar Ibu meluahkan hajatnya. Dia itu berhajat agar ada anaknya yang bergelar guru.

Ketika itu aku berada dibangku Kejuruteraan dan Abang sedang berada dibangku Perancangan Bandar & Wilayah. Berselorohlah aku, jika begitu si Adiklah satu-satunya harapan untuk tunaikan hajat ibu.

Apakan daya, setiap manusia keinginannya selalu ada. Si Adik memilih bidang Akaun, bermaksud terkubur lagi hasrat ibu untuk ada dalam kalangan kami 3 bergelar guru.

Doa dan hajat ibu dijawab Allah. Setahun selepas Abang bergelar Perancang Bandar, dapat tawaran pula menjadi Pensyarah di IPT (Politeknik). 

Alhamdulillah, menjadi pengajar kini. Cantiknya perancangan Allah. 

Doa dan hajat ibu untuk ada anaknya bergelar pendidik kini dimakbul Allah.

Allah tidak akan siakan tangan yang berdoa padaNya, cuma ia beri pada waktu yang tepat dan kemampuan kita.