Kundasang, Sabah

09.01.2015

Assalamualaikum wbt.

Sesiapa yang pernah datang Sabah atau ada Plan mahu datang Sabah, Kundasang adalah salah satu tempat yang selalu ada dalam senarai.

Lastweek berhujung minggu di Kundasang sempena Family Gathering. Em, bukan family aku. Nenek saudara punya gathering dengan anak-anak dia. Kami hanya menumpang kasih. Hihi.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang cuma memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kelajuan sederhana. Kami menetap di Homestay sekitar Kampung Sinisian, bersebelahan dengan Pine Resort. Kalau kaya bolehlah sewa di Pine Resort, kalau tak seberapa nak ada tu tinggal Homestay sudah memadai, eya dak ?

Kampung Sinisian ada banyak Homestay dan lain-lain pemilik. Kami sewa di Almeera Homestay. Satu malam RM 250, 3 bilik , 1 tandas & dapur. To be honest, siapa yang bawa keluarga ramai tu aku tidak recomend untuk anda sewa homestay ini, sangat tidak sesuai. Sorry. *pelanggan jujur*

Esoknya, here we go! Ke Mensilau, Kundasang. Desa Farm. Aku dah 2x ke sini. Yang menarik hanyalah pemandangan untuk ambil gambar. Itu sahaja. Tiket masuk RM4/seorang. 

Nikmatilah gambar ini :


Pemandangan dari tingkap Homestay di waktu Petang. 


Subuh. Subhanallah 


Kebanggaan orang Sabah. Gunung Kinabalu.



Matahari sudah menampakkan diri. Sunrise.



Suka makan Sup Tulang ? Boleh cuba di sini, Pekan Kundasang. Nama kedai lupa. Huhu. Tapi kalau dari Jalan KK, sampai round about sini, Restoran ni berada sebelah kanan anda.


Ready ke Mensilau dan terus Checkout. Inilah kejadian lelaki bila tunggu perempuan siap. Pemandangan dari Homestay.


Welcoming Mensilau. Eh, anak korea sesat ka tu. Bapa dia yang belakang ber-peace tu. Betul. Sila percaya -_-'


Satu-satunya nenek aku yang masih ada. Alhamdulillah. Dengan sepupu yang @#$%^^&%$



Memang aku dilahirkan untuk jadi Jurugambar kamu. Abang & Adik.


Beli susu lembu ya kawan-kawan.


Lastly, Rasalah ice-cream Gelato ini. insyaAllah, sedap menurut tekak ku. 


Ok Bai !


*Nota Kaki :
Sedikit sejarah Kampung Sinisian : -
Sinisian bermaksud Kilat, dulu kawasan yang mereka diami sekarang pernah di sambar kilat/petir. Sebab tu dorang bagi nama itu. Ketua kampung yang bagitahu masa aku buat Program kebajikan. Tak percaya, tanyalah JKKKKKKK sana. 


#SZAR, KK







No comments: