Bulan Walimah.

11.08.2014

Assalamualaikum wbt, Selamat Hari Raya yu'ols.

"Bulan Syawal, Bulan Barakah & Bulan Walimah"

Alhamdulillah, sudah 2 minggu kita menyambut Syawal dan 2 orang juga sahabat saya sudah menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah!

Walimah Kak Hasma pada 31 Julai 2014, di Kampung Lembising, Putatan. Saya datang belah petang, masa akad nikah tu, saya baru sampai Survey untuk beli hadiah -_- . Jadi, adegan sedih-sedih after Nikah, terlepas peluang. 

Masa sampai, orang dah beratur kot gambar di Pelamin. Saya terus masuk bilik pengantin bawa makanan dan makan, hihi.

Walimahnya simple, dibuat sehari. Pagi majlis Khatam Quran, Petang Nikah & Malam sambut tetamu.

Kak Hasma, semoga jadi isteri Solehah jadi penyejuk mata suami, semoga rumahtangga bahagia & diredhai Allah selalu. Semoga istiqamah dalam perjuangan. insyaAllah ameen.


Seterusnya, Walimah Afif pada 10 Ogos 2014, di Kampung Contoh Petagas. Yang ne datang After Zohor, sampai saja rumah pihak lelaki, dia dah masuk kereta untuk ke rumah pengantin perempuan. jadi kami teruslah Join konvoi pihak lelaki.

Sempat juga tengok adat Bajau, "Buka Kunci" iaitu pihak lelaki kena bayar sebelum naik pelamin. Naik jak pelamin, alhamdulillah tiada sesi renjis-merenjis. Terus sesi "Siapa nak ambil gambar" , kami last ambil gambar dan terus ke rumah pihak lelaki untuk sesi "Makan!"

Lapar.

Masa datang, ramai yang dah balik. Suasana kurang dirasai. Tapi, ramai orang yang datang masing puji walimah dipihak lelaki, suasana tenang & damai. Hiburan dorang ambil Qasidah saja.

Simple as you can. Memang mementingkan syariat. Masa saya sampai, Mama pihak lelaki sempat lagi meluah, "Mama pihak perempuan balik-balik call, suruh cepat lelaki datang, Macik jawab, Aku tak lepas anak aku selagi dia belum solat Zohor"

Subhanallah. Itulah ibu terbaik. Tempat makan tetamu juga di asingkan, kalau macam saya berpurdah disuruh masuk rumah. ;)

Afif, kini kau sudah punya amanah baru. Segala dosanya kau tanggung. Semoga kamu berdua diberkati. Berbahagialah, insyaAllah.


*******

Sejak kebelakangan ini, mana-mana sahabat yang dijumpai. Semua cerita soal kahwin. Perkara yang paling disentuh, Bajet! Dengan adanya sahabat yang sudah bernikah inilah, kami para bujangan mengumpul maklumat dan taktik agar walimah kami insyaAllah tidak tersasar jauh dari Agama.

Bersyukur, kedua mempelai diatas dapat hantaran kurang dari RM 10K. Tapi majlis tetap sweet seperti walimah orang biasa.

Apapun, semoga dimudahkan semua :')


No comments: