(Buat Aktivis Bujangan Muslimah) Masa Berkualiti Buat IbuBapa.

15.11.2013


Assalamualaikum wbt.

Masa berkualiti buat ibu bapa bagi para bujangan, terutamanya muslimah. :)




Sebagai seorang aktivis muslimah yang hujung minggunya jarang di rumah, malam pula sarat dengan meeting. Jika masa itu tidak di bahagi di darab dengan baik pasti mendatangkan kecil hati di pihak ibu bapa dan salah faham terhadap Jemaah islam.

Ayat-ayat yg popular kita dengar bila mengajak turun program :

Asif Jiddan, mak saya tak bagi...
Asif Jiddan, ayah saya tak bagi sebab….
Asif Jiddan, saya balik kampong...
Asif Jiddan, mak saya takda kawan...
Dan lain-lain…

Eh ? saya tak cakap itu salah. Cuma mari kita muhasabah, kenapa mak ayah kita tak bagi. Jangan dulu nak salahkan ibu bapa sebab mereka tak berapa "islamic" atau bukan orang "Haraki", kita re-check dulu diri kita.

KEPERCAYAAN
Kepercayaan ibu bapa terhadap kita sangat bernilai dan jangan sesekali kita sia-siakan.
Kenapa mak ayah tak percaya kita ?
Lihat diri sendiri, macam mana kita mengurus diri kita di rumah ? Pernah tidak orang menyampaikan berita tidak baik tentang kita kepada ibu bapa. Berapa kerap sudah kita menipu dan kantoi ? Ibu Bapa kenal siapa kawan-kawan kita ? Bila kita lewat balik, berapa kerap kita buat mereka bimbang ? 

Bila keluar di berita tentang gejala sosial dan jenayah yang melibatkan perempuan, wanita, muslimah, bagaimana respon kita ? Bila kita tunjuk respon "takut", apa perasaan ibu bapa, mesti ibu bapa fikir macam mana kalau jadi dengan anak mereka, dan anak mereka seorang penakut ?

Dah ? ok, muhasabah.

Buat mereka yang peroleh kepercayaan ibu bapa, jangan siakan ! Malah beri lagi mereka keyakinan atas kepercayaan itu.


AKHLAK
Ibu bapa mana tidak risau, mesti dia takut bilamana anak dia diluar tanpa mata mereka apalah akhlak anaknya itu ? Mampukah kita jaga maruah mereka bila diluar ? Sebelum kita berhijrah dan menjadi aktivis bagaimana akhlak kita terhadap ibu bapa dan adik beradik ? Berilah satu perubahan akhlak yang positif agar mereka sedar yang dengan menjadi aktivis itulah asbab kita berhijrah.

Muhasabah lagi.

Kita tunjukkan akhlak yg terbaik agar mereka percaya dan yakin dengan akhlak kita diluar sana, memang sepatutnya seorang aktivis ada akhlak yang baik. Kan ?


MASA
Hah! Ini yg saya nak kongsi. Masa, masa berkualiti buat ibu bapa dan adik beradik. Setiap kita diberi 24jam/7hari kan ? Ada orang dapat 25 @ 23 ? tiada!

Semua berbalik dengan kita untuk mengatur dan mencatur baik-baik, molek-molek dan sungguh-sungguh.

Ok.

Saya kongsi perihal saya. Masa berkualiti untuk keluarga saya. Saya tak kata perlu ikut macam saya buat, mungkin sebelum ne ada sudah yang memang amalkan cuma dia tak sedar, mungkin. 

Ok.

Saya baru tamat belajar, 2 tahun hidup di asrama Teknik Likas bersambung pula 3 tahun di negeri orang di Sarawak. Dan Alhamdulillah, ada hubungan yang baik antara family walaupun 5 tahun jarang bersama.

Selama 3 tahun hidup di Kampus aktif jadi aktivis, tiada masalah. Maklumkan dengan keluarga yang kita turun program melalui telefon. Terangkan dengan simple tujuan program yang kita hadiri, jangan takutkan mereka, bagitahu yang program kita tu sangatlah happening walaupun program tu sebenarnya “Tamrin Qiyadi”, hik3.

Sekarang saya dah 21 tahun, sudah bekerja. Weekdays saya bekerja, 5 hari dan 2 hari cuti selalunya sarat dengan program/usrah/meeting/kuliah kitab.

Selalunya, awal bulan saya sudah siap buat jadual mingguan saya dan saya update dengan parents saya walaupun dorang tak mahu tahu pun. Uhuks!

Contohnya bulan oktober lepas, saya bagitahu minggu ne saya ke Tawau, minggu depan saya ada pertandingan bowling, lepas tu ke kundasang, lepas tu blablablabla.

Selalunya mereka akan respon, dengan siapa dan naik apa ?

Bila saya sedar, hujung minggu saya sarat dengan aktiviti Jemaah. Saya ambil inisiatif cipta masa berkualiti masa weekdays.

Selalunya saya drive sendiri ke tempat kerja, dan sampai rumah sebelum jam 7 malam (-_-) dah maghrib di office siap-siap. Sampai rumah memang tak mandi terus, tengok drama jam7 tiBiTigak dulu sambil baring di riba mama (ini masa kualiti dgn mama) . sambil tgk tibi sy akan cerita dgn dorg 1 rumah apa yg saya lalui utk hari ini, See! Saya tak perlu boyapren (boipren) pun untuk dengar cerita saya. Kalau tak baring di riba mama, kami akan masak makan malam sama-sama (lagi satu masa kualiti dgn mama) , masa tulahh Curhatt semua, pasal itu ini, pasal jodoh pun masuk, pasal sambung belajar, pasal kucing, pokok pangkalnya semualah.

Sampai satu tahap, mama pun akan cerita “what she has been through” . So, be a super duper good listener to her!
So mama takkan rasa “saya tiada” bila weekend im not home.

Bapa. Sometimes, bila cuaca kurang baik saya takkan drive. Bapa yang akan hantar ke tempat kerja. Perjalanan boleh tahan jauh, petagas – inanam. Dalam kereta Cuma kami berdua (masa kualiti dgn bapa) , dengan bapa kurang sikit aku meluah segala rasa. Eh? Bukan sebab aku tidak biasa, tapi sebab bila bapa yang sudah start bercerita aku tak jumpa pun point untuk aku pula meluah. Dia jak menang. Hik3.

Sampai satu hari tu, bapa balik kampong mama. 3 hari dia di sana, jadi itulah pertama kali aku pergi kerja naik bas.

Aku dah rancang-rancang mahu cerita dengan dia apa yang aku alami dan macam mana penatnya aku selama 2 hari naik bas.

Tapi, apa yang jadi bapa pula cerita apa yang dia alami masa di kampong mama selama 3 hari, jadilah aku memendam rasa (makan dalam). Uhuks!

Bila weekend saya tiada di rumah dan kereta bapa adalah mangsa, bapa sabar dan Cuma mampu bertanya aku ke mana. hehe.

Untuk adik beradik, sama ada kami makan bersama dan cerita cerita cerita atau kongsi dan saling motivate. Kami akan merancang masa depan kami, dan Alhamdulillah Allah selalu mudahkan. Tak perlu masa yang lama. Cukup masa makan. Kalau dengan adik, selalunya slowtalk sebelum tidur, bukan selalu pun tapi adalah sebab kadang darah panas juga dengan adik ne. Astaghfirullahalazim. Tapi dia the best sister ever, I admit it!

Sebenarnya, untuk cipta masa berkualiti tidak perlu masa yang lama. Cukup singkat yang di rasa lama, sebab banyak yg di kongsi.

Terpulang dengan kita, macam mana masa yang singkat kita mampu manfaatkan sebaik mungkin.

Untuk kebaikan siapa ? Untuk semua orang, Ibu bapa tidak kecil hati, kerja jemaah jalan dan Jemaah tidak terfitnah hanya kerana kita sendiri yang tidak tahu manage masa. kan ?

Sekarang, bolehlah saya cakap macam ne. Sebab masa ini saya bujang, esok lusa dah Kawen, situasi mungkin lain. Tapi itu belum pasti, sebab yang pasti manfaatkan masa sekarang dengan ibu bapa.

Saya berkongsi kerana saya juga Aktivis , Muslimah dan Bujangan seperti anda ;)



No comments: