DIALOG DAN CINTA MENJELANG KEMATIAN

06.07.2011

Berikut adalah dialog yang indah tentang cinta di saat-saat kritikal dan genting di mana Sa’id bin Jubair telah berjaya membuktikan cintanya kepada Allah lebih daripada cintanya kepada yang lain.Yakni dialognya menjelang hukuman mati ke atasnya yang dijatuhkan oleh Hajjaj,seorang penguasa yang zalim.
          Hajjaj bin Yusuf adalah seorang gabenor dan penasihat Raja Abdul Malik bin Marwan zaman Khalifah Bani Umayah (65-86H/685-705M).Sedangkan Sa’id bin Jubair adalah seorang tabii ulama besar yang terkenal pada waktu itu dan penentang gabenor yang zalim.